OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Soalnya bagaimana anak Harun Al Rasyid menjadi Mu'tazilah padahal Harun adalah Ahlu Sunnah?
Tidak lain adalah kerana Harun sendiri yang menugaskan seorang tokoh Mu'tazilah (tidak silap saya adalah Abu Al Hudzail Al Alaf) sebagai guru peribadi anaknya itu!
Maka sudah pastilah anaknya menjadi pengikut ajaran Mu'tazilah yang tegar!
Perlu kita ingat, Al Ma'mun bukanlah seorang Sultan yang berwatak keji, malah dia merupakan seorang yang punya ambisi yang tinggi untuk memelihara agama.
Pada dirinya ajaran yang benar hanyalah Mu'tazilah, kerana itu dilakukan 'mihnah' bagi membersihkan segala ajaran yang 'menyeleweng'!
Dialektika ini akhirnya dikenal sebagai Ilmu Kalam, mungkin kerana ia banyak melibatkan perdebatan kata-kata ataupun kerana ia mahsyur atas masalah Kalam Allah.
Asas kepada ilmu ini adalah logika Yunani yang disusun atas aqal manusia. Sedangkan aqal itu kan bermacam-macam; ada yang bijak, ada yang tolol malah ada yang gagal menggunakannya langsung.
Setelah malapnya Mu'tazilah maka muncullah pula pelbagai mazhab yang melazimi metode yang sama.
Salah satunya adalah Asyaariyah, yang menggunakan Ilmu Kalam bagi membantah Mu'tazilah. Ia ibarat falsafah Aikido - menggunakan kekuatan musuh untuk menumbangkan lawan.
Salah satu unsur utamanya adalah Sifat 20 yang dirumus menggunakan Ilmu Kalam. Ia disempurnakan oleh As Sanusi (w 1490) hingga menjadi 20 sifat.
Perbincangan dalamnya hanya seputar membuktikan akan kewujudan Tuhan Pencipta.
Apakah Dia adalah Allah Tuhan Pencipta, atau Brahmin, Yahweh, Tuhan Bapa atau apa-apa nama yang lain dalam apa-apa bahasa.
Dengan mempelajari Sifat 20, seorang Nasrani akan kekal dengan Nasrani, seorang Yahudi akan kekal Yahudi, seorang Hindu akan kekal Hindu. Kerana mereka sudah lama percaya akan wujud Pencipta.
Jadi nampaknya Sifat 20 hanya wajar dipakai untuk Buddha, Jaina dan ajaran-ajaran atheis yang lainnya.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment