Masjid Diraja Sultan Ala'eddin

OLEH: Saufy Jauhary

MASJID DIRAJA SULTAN ALA'EDDIN
مسجد دراج سلطان علاء الدين

1) Dibina pada tahun 1905 selepas siapnya pembinaan bangunan Istana Alaeddin.

2) Masjid ini dirasmikan pada tarikh 18 jun 1924 dalam upacara gilang gemilang.

3) Nama Masjid Bandar atau Masjid Alaeddin ini diberi sempena mengambil nama Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke 5 (1898 - 1938).

4)  Masjid ini menerima pengaruh seni bina kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara. Masjid Alaeddin telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 24 Julai 1980. Ia juga didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 2008 oleh Jabatan Warisan Negara. Perkara ini disahkan oleh Pesuruhjaya Warisan, Dato Profesor Emeritus Zuraina Majid.

5)  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pernah mengeluarkan fatwa tentang masjid ini:

“Pada 16 April 2002 Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah bersidang dan sebulat suara memutuskan bahawa Masjid Alaeddin adalah wakaf oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1989, Pentadbir harta wakaf adalah Majlis Agama Islam Selangor. Sesuatu harta yang diwakafkan itu telah menjadi milik Allah secara mutlak, maka ia tidak boleh dilakukan kepadanya secara transaksi. Oleh yang demikian, 'Akta Benda Purba' dalam hal ini tidak terpakai. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengekalkan struktur asal atau diubahsuai dengan tujuan bagi keselesaan jemaah serta dapat dimanfaatkan sepertimana yang diharapkan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.”

6) Gambar terkini, Khamis, 16 0gos 2018 bersamaan 04 Zulhijjah 1439 Hijrah.


___________________________
~ Saufy Jauhary ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments