NABI SIMSON DARI SUMBER PERJANJIAN LAMA

Cerita dalam Perjanjian Lama pada Kitab Hakim-hakim agak mirip dengan cerita-cerita yang berlegar dalam masyarakat Islam kita. Hingga dapat kita andaikan para penulis kisah Nabi Syam'un atau Simson ini mengambilnya dari cerita Israiliyat dan mengeditnya.

Dibawah adalah sedikit nukilan dari Perjanjian Lama.

[Simson di Gaza]

"Pada suatu kali, ketika Simson pergi ke Gaza, dilihatnya di sana seorang perempuan sundal lalu menghampiri dia. Ketika diberitahukan kepada orang ramai di Gaza: "Simson telah datang ke sini", maka mereka mengepung tempat itu dan siap menghadang dia semalam-malaman itu di pintu gerbang kota, tetapi semalam-malaman itu mereka tidak berbuat apa-apa, kerana pikirnya: "Nanti pada waktu subuh kita akan membunuh dia". Tetapi Simson tidur di situ sampai tengah malam. Pada waktu tengah malam bangunlah dia, dipegangnya kedua daun pintu gerbang kota itu dan kedua tiang pintu dicabutnyalah semuanya beserta palangnya, diletakkannya di atas kedua bahunya, lalu semuanya itu diangkatnya ke puncak gunung yang berhadapan dengan Hebron." (Hakim-hakim 16 : 1 - 3)

[Simson dan Delila]

"Berkatalah Delila kepada Simson: "Sampai sekarang engkau telah mempermain-mainkan dan membohongi aku. Ceritakanlah kepadaku dengan apakah engkau dapat diikat". Jawabnya kepadanya: "Kalau engkau menenun ketujuh rambut jalinku bersama-sama dengan lungsin lalu mengokohkannya dengan patok, maka aku akan menjadi lemah dan menjadi seperti orang lain manapun juga". Kemudian perempuan itu mengokohkan lagi tenunan itu dengan patok, lalu berserulah dia kepadanya: "Orang-orang Filistin menyergap engkau, Simson". Tetapi ketika dia terjaga dari tidurnya, disentaknya lepas patok tenunan dan lungsin itu. Berkatalah perempuan itu kepadanya: "Bagaimana mungkin engkau berkata: "Aku cinta kepadamu, padahal hatimu tidak tertuju kepadaku? Sekarang telah tiga kali engkau mempermain-mainkan aku dan tidak mahu menceritakan kepadaku, kerana apakah kekuatanmu demikian besar". Lalu setelah perempuan itu berhari-hari merengek-rengek kepadanya dan terus mendesak-desak dia, dia tidak dapat lagi menahan hati, sehingga dia mahu mati rasanya. Maka diceritakannyalah kepadanya segala isi hatinya, katanya: "Kepalaku tidak pernah kena pisau cukur, sebab sejak dari kandungan ibuku aku ini seorang utusan Allah. Jika kepalaku dicukur, maka kekuatanku akan lenyap dari padaku, dan aku menjadi lemah dan sama seperti orang-orang lain". Ketika dilihat Delila, bahawa segala isi hatinya telah diceritakannya kepadanya, disuruhnyalah memanggil raja-raja kota orang Filistin, katanya: "Sekali ini lagi datanglah ke mari, sebab dia telah menceritakan segala isi hatinya kepadaku". Lalu datanglah raja-raja kota orang Filistin itu kepadanya sambil membawa duit itu. Sesudah itu dipujuknya Simson tidur di pangkuannya, lalu dipanggilnya seorang dan disuruhnya mencukur ketujuh rambut jalinnya, sehingga mulailah Simson ditundukkan oleh perempuan itu, sebab kekuatannya telah lenyap dari padanya. Lalu berserulah perempuan itu: "Orang Filistin menyergap engkau, Simson"! Maka terjagalah dia dari tidurnya serta katanya: "Seperti yang sudah-sudah, aku akan bebas dan akan meronta lepas". Tetapi tidaklah diketahuinya, bahawa Tuhan telah meninggalkan dia. Orang Filistin itu menangkap dia, mencungkil kedua matanya dan membawanya ke Gaza. Di situ dia dibelenggu dengan dua rantai tembaga dan pekerjaannya di penjara ialah menggiling. Tetapi rambutnya mulai tumbuh pula sesudah dicukur". (Hakim-hakim 16 : 13 - 22)


[Simon mati]

"Sesudah itu berkumpullah raja-raja kota orang Filistin untuk mengadakan perayaan korban sembelihan yang besar kepada Dagon, tuhan mereka, dan untuk bersukaria; kata mereka: "Telah diserahkan oleh Tuhan kita ke dalam tangan kita Simson, musuh kita." Dan ketika orang banyak melihat Simson, mereka memuji tuhan mereka, sambil berseru: "Telah diserahkan oleh Tuhan kita ke dalam tangan kita musuh kita, perosak tanah kita, dan yang membunuh banyak teman kita". Ketika hati mereka riang gembira, berkatalah mereka: "Panggillah Simson untuk melawak bagi kita". Simson dipanggil dari penjara, lalu dia melawak di depan mereka, kemudian mereka menyuruh dia berdiri di antara tiang-tiang. Berkatalah Simson kepada anak yang menuntun dia: "Lepaskan aku dan biarkanlah aku meraba-raba tiang-tiang penyangga rumah ini, supaya aku dapat bersandar padanya". Adapun gedung itu penuh dengan laki-laki dan perempuan; segala raja kota orang Filistin ada di sana, dan di atas sotoh ada kira-kira tiga ribu orang laki-laki dan perempuan, yang menonton lawak Simson itu. Berserulah Simson kepada Tuhan, katanya: "Ya Tuhan Allah, ingatlah kiranya kepadaku dan buatlah aku kuat, sekali ini saja, ya Allah, supaya dengan satu pembalasan juga kubalaskan kedua mataku itu kepada orang Filistin". Kemudian Simson merangkul kedua tiang yang paling tengah, penyangga rumah itu, lalu bertopang kepada tiang yang satu dengan tangan kanannya dan kepada tiang yang lain dengan tangan kirinya. Berkatalah Simson: "Biarlah kiranya aku mati bersama-sama orang Filistin ini". Lalu membungkuklah dia sekuat-kuatnya, maka robohlah rumah itu menimpa raja-raja kota itu dan seluruh orang banyak yang ada di dalamnya. Yang mati dibunuhnya pada waktu matinya itu lebih banyak dari pada yang dibunuhnya pada waktu hidupnya". (Hakim-hakim 16 : 23 - 30)

Catatan dari Perjanjian Lama:

(1) Nabi Simson bukan berasal dari Gaza, malah memusuhi Bangsa Kanaan, iaitu penduduk asli Palestin.

(2) Di Gaza, Nabi Simson telah berzina dengan seorang perempuan sundal alias pelacur.

(3) Delila bukan isteri baginda tetapi wanita yang baginda cintai.

(4) Delila telah melakukan empat kali cubaan mengikat Nabi Simson semasa baginda tidur bersama dengannya.

(5) Nabi Simson seorang yang bodoh kerana sudah tiga kali diikat dan kecundang pada pujuk rayu.

(6) Kekuatan Nabi Simson terhapus apabila rambutnya dicukur.

(7) Allah telah meninggalkan Nabi Simson kerana baginda selalu bermaksiat dan melanggar hukum syariat.

(8) Nabi Simson dikerah bekerja menggiling gandum dengar keadaan buta dalam penjara.

(9) Dalam upacara korban pada Dewa Dagon, Nabi Simson disuruh menjadi pelawak lalu baginda turuti.

(10) Akhirnya Nabi Simson membunuh diri bersama dengan kaum Musyrikin Arab dengan meruntuhkan bangunan. Allah kabulkan permintaan baginda.

Gambaran Nabi Simson dikalangan kaum Nasrani


___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments