OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Al Makmun memandang bahawa aqidah mu'tazilah adalah aqidah yang lurus lagi bersih; tulen dan benar. Lantas barangsiapa yang menetapkan Al Quran bukan makhluk maka dia telah melakukan kekotoran aqidah dan kesyirikan kepada Allah.
Maknanya al Makmun menulis surat kedua kepada para gabenor nya selepas surat pekeliling kepada perwujudan Al Mihnah, dalam surat kedua ini tercatit "jika mereka masih belum mahu taubat, bunuhlah mereka".
Berikut adalah antara tokoh yang wafat dalam menjalani mihnah atau kerana kesannya:
1) Muhammad bin Nuh
2) Yusuf bin Yahya Al Buwaiti
3) Nu'aim bin Hammad
4) Ahmad bin Nashr Al Jadza'i
5) Ahmad bin Hanbal
Kalaulah Kalam Lafzi itu makhluk seperti keyakinan Asyaariyah, bukankah 5 tokoh ini telah mati katak kerana berpendapat bahawa Al Quran yang dalam Bahasa Arab itu adalah perkataan Allah dimana Allah bertutur dalam Bahasa Arab, dan perkataan Allah adalah Qadim.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment