Kesultanan Perlak, Perang Syiah-Sunni Di Alam Melayu

OLEH: Haziq Azhar 


Kesultanan Perlak merupakan antara kerajaan – kerajan Melayu Islam yang terawal di Alam Melayu. Kerajaan ini diasaskan oleh Sultan Maulana Abdul Aziz pada tahun 840. Baginda merupakan keturunan Imam Jafaar As Sadiq r.a. Sultan Maulana juga merupakan putera kepada Nakhoda Khalifah yang membawa rombong pendakwah Islam seramai 100 orang ke Sumatera bagi menyebarkan agama Islam.

 Selepas berjaya mendirikan Kesultanan Perlak, baginda menukarkan nama Bandar Khalifah kepada Bandar Perlak. Selain itu, Bandar Perlak juga merupakan pusat pemerintahan Kesultanan Perlak. Mazhab Syiah juga dijadikan sebagai mazhab rasmi Kesultanan Perlak. 

 Kesultanan Perlak merupakan antara sebuah kerajaan yang makmur dengan sumber ekonomi perdagangan. Selain itu, Kesultanan Perlak juga menjadi tempat penyebaran dakwah Islam yang menggantikan peranan Kerajaan Islam Jeumpa. 

 Pada zaman pemerintahan Sultan Perlak yang ketiga, Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abbas Syah, aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah berjaya memasuki ke Perlak. Selepas kemangkatan Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abbas Syah, berlakunya Perang Saudara di Perlak yang melibatkan mazhab Syiah dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 

 Perang saudara Perlak dimenangi oleh kaum Syiah dengan naiknya Sultan Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Ali Mughat Syah. Pada masa tu juga, penentangan kaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah juga masih berlaku pada zaman baginda. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Syah Johan Berdaulat telah berjaya mendirikan Kesultanan Perlak bermazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah setelah berjaya mengalahkan kaum Syiah Perlak. Namun begitu, kemangkatan Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Syah Johan Berdaulat telah menyebabkan berlakunya Perang Saudara sekali lagi sehingga menyebabkan Perlak berpecah kepada dua iaitu Perlak Pesisir diperintah oleh kaum Syiah dan Perlak Pendalaman diperintah oleh kaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

 Serangan Empayar Sriwijaya pada tahun 986 telah menyebabkan Sultan Alaidin Saiyid Maulana Mahmud Syah (Sultan Perlak Pesisir dari Kaum Syiah) telah terkorban dalam pertempuran menentang Empayar Sriwijaya. Namun begitu, peperangan dengan Perlak menyebabkan Empayar Sriwijaya mengalami kerugian sehingga terpaksa menghenti perluasan kuasa keatas Perlak pada tahun 1006.

 Sultan Makhdum Alaidin Malik Ibrahim Syah yang merupakan Sultan Perlak Pendalaman dari kaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah berjaya menyatukan Perlak dibawah pemerintahan beliau. 
 Kesultanan Perlak berakhir apabila disatukan oleh Kesultanan Samudera – Pasai oleh Sultan Malik Az Zahir selepas Sultan Perlak terakhir, Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat mangkat pada tahun 1292. 

Rujukan:
1. INDONESIA, M. A. I. K. Sejarah Masuknya Islam di Indonesia.
2. Yakin, A. U. (2015). Islamisasi dan Syariatisasi Samudera-Pasai Abad ke-14 Masehi. ISLAMICA: Jurnal Studi Keislaman, 9(2), 269-294.


Artikel asal: https://haziqamal92.blogspot.com/2018/09/kesultanan-perlak.html

___________________________
~ Haziq Azhar ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________






Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments