Pendekatan Dakwah - Kebajikan - Ekonomi Bushra Al-Birr

OLEH: Ibnu Tuzah



Baru-baru ini, pihak RMB diberikan penghormatan untuk menziarahi pejabat Bushra Holdings di Padang Jawa. Di sini, saya diajak berjalan-jalan melihat proses dakwah yang cuba dibawa oleh Bushra Holdings.



Maka entri ini ingin berkongsikan beberapa kaedah dakwah yang boleh ditiru dan dijadikan ikutan untuk semua pembaca samada atas nama organisasi ataupun persendirian.


1. Anak syarikat Bushra Holdings iaitu Bushra Al-Birr Training Center ialah pusat latihan ilmu. Di dalam Bushra Al-Birr , kelas-kelas mingguan percuma diadakan untuk orang awam. Juga, adanya seminar-seminar atau bengkel-bengkel khas yang pernah dijalankan. Namun, apa yang menarik perhatian saya ialah apabila dilaksanakan juga kelas ilmu percuma untuk golongan asnaf.

Kaedah ini menjadi lebih menarik apabila kehadiran golongan asnaf yang hadir akan dicatat. Apabila cukup kehadirannya 4 kali sebulan, maka pihak Bushra Al-Birr akan memberikan bantuan berupa makanan keperluan bulanan kepada asnaf tersebut. Kita dapat melihat bagaimana dikaitkan antara dakwah dengan kebajikan.

Kelas pengajian percuma untuk asnaf


Agihan makanan bulanan percuma.




2. Pustaka Bushra ialah salah satu daripada anak syarikat Bushra Holdings. Pustaka Bushra ini banyak mencetak buku-buku sunnah yang sangat bermanfaat. Ketika melawati kedai bukunya, saya sangat kagum melihat banyaknya buku-buku Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terkumpul di bawa satu hentian. Hasil daripada jualan buku-buku ini lah, beberapa peratus keuntungannya akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Kita dapat melihat perkaitan antara Dakwah - Ekonomi - Kebajikan.


3. Bushra Studio And Publication juga merupakan anak syarikat Bushra Holdings. Syarikat inilah yang mengambil tempahan untuk sebarang cetakan samada pada buku mahupun pada barang harian. Ini juga ialah antara jalan mereka mendapatkan dana untuk dijadikan harta kebajikan. Hal yang menarik bagi syarikat ini ialah, syarikat ini yang sering membekalkan buku poket percuma kepada semua golongan dan buku poket ini pula sangat bermanfaat daripada pelbagai tajuk perbicangan. Kadang kala, mereka juga mencetakkan risalah edaran yang berisi mesej dakwah kepada orang awam. Ini pula ialah bukti perkaitan mampu dijalinkan antara dakwah - ekonomi.


4. Bushra Cafe juga ialah anak syarikat Bushra Holdings. Bushra Cafe ialah restoran makanan seperti kedai makanan biasa. Namun, perbezaannya terserlah apabila Bushra Cafe tidak mendengarkan muzik sebagai halwa telinga pelanggannya sebaliknya menjadikan ceramah agama sebagai pemecah kesunyian. Juga dipaparkan himpunan doa-doa sahih di bahagian dinding restoran supaya menjadi bahan bacaan pelanggan yang sedang makan. Mereka yang tidak berkemampuan juga boleh mendapatkan bantuan untuk makan di restoran tersebut. Namun, saya sarankan janganlah pula kita mengambil kesempatan ke atas kebaikan yang telah mereka lakukan. Biarlah mereka yang benar-benar memerlukan sahaja yang mendapat bantuan  tersebut. Bushra Cafe membuktikan bahawa Dakwah - Kebajikan - Ekonomi boleh berjalan seiring.

Suasana di Bushra Cafe.

Program bantuan makanan.



5. Bushra juga sering mengadakan program kebajikan sepanjang Ramadhan terutamanya pengagihan makanan percuma. 




Lihatlah bagaiman kita sebenarnya boleh meletakkan Dakwah - Kebajikan - Ekonomi di dalam satu barisan yang sama. Namun perlu lah memperbetulkan niat agar semua tindak-tanduk kita ialah kerana Allah SWT. Letaklah dakwah sebagai keutamaan. Juga dengan berbesar hati dimaklumkan bahawa RMB bersama Bushra Holdings telah pun bersetuju untuk berkerjasama dalam hal-hal yang makruf di masa akan datang insya-Allah.

Boleh 'Like' laman FB Bushra di bahagian bawah blog.


___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
Lajnah Makalah Agama
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments