OLEH: La Bougiez
Nampaknya isu rendang ni semakin panas?
Pernah satu ketika dahulu, sebuah artikel berkenaan makanan perang Melayu, rendang tok, lemang, ketupat dan serunding juadah raya yang biasa kita santap dikatakan sebagai makanan perang?
Sebenarnya saya kurang yakin dengan informasi ni, bagaimana jenis-jenis makanan yang perlukan penyediaan berjam-jam lamanya dijadikan sebagai makanan perang dan pelayaran dengan alasan bahwa makanan sebegini tahan lama.
Jenis-jenis juadah di atas sebenarnya tidak la mampu bertahan sampai berbulan-bulan pun, paling lama pun seminggu dua, itupun kerana dipanaskan berulang kali, dalam perang ni makanan yang saya dapat bayangkn adalah bahan mentah yang kering, misalnya ikan kering, ubi kayu, beras, daging salai, garam, dan apa-apa bahan makanan dari rampasan perang.
Jika perang bersifat setempat seperti yang dikisahkan dalam perang Johor-Riau Vs Siak, jika waktu siang mereka berperang malam akan berdamai, mereka akan kembali ke rumah masing-masing untuk bersantap juadah, bahkan para pembesar antara kedua kubu pernah duduk bersantap semeja, lihat kisah lima Opu Daeng dan Raja Kecil.
Bagaimana pula makanan dalam sesebuah kempen perang?
Kita ambil contoh kisah kempen perang Aceh keatas Semenanjung Melayu, perkara yang kita harus paham dalam bentuk ketenteraan di alam Melayu adalah tidak wujud unit ketenteraan regular kecuali untuk golongan bangsawan misalnya pegawal diraja, dan tentera elit yang terdiri dari para bangsawan dan keturunan mereka.
Tentera kerahan memang sangat banyak, mereka ini tidak ada perlatihan khusus untuk perang, bahkan untuk mengendalikan senjata mereka ni sangat tidak cekap, lihat saja meriam dan persenjataan yang pernah dirampas oleh Portugis di Melaka, sangat banyak tapi apakah benar-benar senjata itu dimanfaatkan? jika beribu senjata api itu digunakan mustahil Melaka jatuh semudah itu.
Siapa tentera yang kurang cekap ini?
Mereka terdiri dari marhaen dan hamba bahkan tentera upahan, yang datang dari gologan petani, nelayan(orang laut), pedagang yang berkepentigan.
Berbalik kepada kisah perang Aceh, mereka pernah menghantar 100,000 pasukan perang untuk kempen penaklukan ke semenanjung tanah Melayu, bagaimana Aceh membiayai pasukan yang sedemikian besar? Pasukan elit Aceh mendapat modal dari keuangan diraja, manakala tentera kerahan yang mungkin adalah majoriti dari pasukan itu membawa modal mereka masing-masing yang termasuk persediaan makanan(jika masyarakat kecil yang dikerah kemungkinan makanan yang mereka mampu bawa adalah beras dan garam) dan persenjataan, mereka ini terdiri dari tenaga kerahan negeri-negeri yang telah ditakluki oleh Aceh. Jadi bagaimana keuntungan mereka setelah perang? Jawapan yang ada pada saya setakat ini adalah mereka akan melakukan penjarahan harta, penawanan penduduk yang kemudian dijual sebagai abdi dan paling penting kemungkinan kedudukan negeri-negeri atau pemimpin perang tentera kerahan mendapat kedudukan yang baik di sisi pemerintahan pusat.
Mari pula kita lihat dari sisi diet harian orang Melayu.
Orang-orang Melayu bahkan Jawa dan Bugis bukanlah masyarakat yang mengkonsumsi daging(daging lembu, kambing dan ayam) secara tetap sepertimana orang-orang barat, mengikut banyak catatan, orang-orang Melayu sangat gemar mendapatkan sumber protein dari ikan, karbohidrat dari nasi dan serat dari ulam-ulaman. bahkan Ikan adalah sumber protein termurah yang di jual di pasar seperti yang pernah dilaporkan oleh Ma Huan pencatat pelayaran Cheng ho. Jadi adalah mustahil rendang tok itu menjadi makanan perang, jika kita melihat perang ini dari semua sisi masyarakat kecil dan kekuatan ekonomi mereka. Bahkan kemungkinan makanan itu tidak semewah yang kita bayangkan.
Bacaan yang anda harus baca:
1. Salahsilah Melayu dan Bugis, Kisah perang dan adat perang
2. Anthony Reid, Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga jilid 1 dan 2
3. Crawfurd, Sejarah Nusantara Jilid 1,2 dan 3
4. The Malay Archipelago, AR Wallace, kisah beliau belayar dengan perahu dagang Bugis, menceritakan tentang juadah harian semasa pelayaran
___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Saudara La Bougiez mungkin bukan orang Melayu. Orang Bugis asalnya bernama To' Ugi adalah orang Austronesia yang sememangnya bukan pelaut. Peradaban mereka tidak sehebat orang Melayu dan orang Bugis tidak mampu membina kapal-kapal besar. Kalau di Sulawesi, orang Melayu Luwu dan orang Melayu Makasar adalah pelaut yang mampu belayar jauh. Mereka mengamalkan peradaban Melayu dan sudah pasti mereka juga mewarisi ilmu masakan perang Melayu. Orang Melayu telah belayar jauh sehingga ke China di sebelah timur dan Afrika serta Amerika di sebelah barat. Ptolomi yang hidup sekitar kurun 1 M ada mengatakan orang Melayu telah mengeksport rempah ratus, emas dan sutera ke serata dunia. Orang Melayu juga telah berada di Tanah Arab sebelum kelahiaran Nabi Muhammad saw dan membekalkan pedang kepada Nabi saw dan Para Sahabat. Menurut al Khindi, pedang Nabi Muhammad saw yang bernama 'al Qalahi' telah dibuat di negeri Kalah iaitu Kedah sekarang. Pendekar Melayu juga menyertai Nabi Muhammad saw dalam peperangan Badar, menyertai Khalid al Walid dalam Peperangan Yarmuk dan membebaskan Jordan Syria dan Palasti dari pemerintahan Byzantine (Rom Timur). Sehingga kini, bendera Jordan masih mengekalkan lambang teratai yang lazimnya adalah lambang orang Melayu. Pendekar Melayu juga membantu Salehuddin al Ayubi dalam Peperangan Salib bagi membebaskan Baitul Maqdis serta membantu Muhammad al Fateh dalam menawan Constantinople. Sejarah telah membuktikan hanya orang Melayu sahaja yang berupaya menarik kapal di atas daratan sebagaimana yang telah mereka lakukan keatas 71 kapal perang Muhammad al Fateh tersebut. Berkemungkinan besar semua kapal perang tersebut juga dibekalkan oleh orang Melayu kerana orang Parsi juga bukan pelaut. Kalaulah orang Melayu telah berupaya mengekspot emas, besi, sutera, rempah ratus, sutera, wangian dan sebagainya bermakna mereka adalah tersangat kaya dan sudah pasti mereka berupaya untuk memasak makanan yang sedap-sedap. Sehingga kini masakan Melayu tersangat hebat. Alhamdulillah. Wallahu Taala Aklam
ReplyDelete