Antara Bugis Dan Tamil Persengketaan Yang Masih Samar

OLEH: La Bougiez 

Laporan Thomas Forrest yang melihat perkembangan pengaruh Bugis sekitar kurun ke 18, apa yang menariknya kisah persaingan antara orang Bugis dan Chulia/Keling(Tamil) pada tahun 1763, ketika itu terjadi serangkaian perang di sekitar Perak, Selangor untuk merebut hegemoni perdagangan selat Melaka dan laluan keluar masuk perdagangan timah,dimana peperangan yang terjadi dipimpin langsung oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Tetapi berkenaan perang antara orang Bugis dan Tamil saya kurang pasti apakah melibatkan kepimpinan Daeng Kemboja berikut adalah laporan Thomas Forrest:

"The Bugis in general are high spirited people, they will not bear ill usage, They are also great merchant, their prows called paduakan, go as far west as Aceh, Selangor and Queda, being very numerous, where in 1763 they took many Chulia ships. I never learnt truly how the affair was. But the gentle Hindostaner of Porto Novo, where the Chulia of Queda generally fit out, resisted but faintly the bold Bugis. The word Bugis has become amongst Europeans consonant to soldier, in the east of India, as Sepoy is in the west".

Beberapa tahun kemudian terjadi lagi peristiwa perang antara tentera upahan Bugis yang berhidmat untuk pihak yang bersengketa dalam istana Kedah dengan pedagang Tamil yang berada di sekitar pelabuhan kuala kedah, yang berkemungkinan merupakan saudagar raja bagi pihak Sultan Muhammad Jiwa berikut adalah laporan yang ditulis oleh Rollins Bonney, Kedah 1771-1821

"In 1771, when the relatives of Sultan Muhammad Jiwa (reigned 1741–1778) conspired to depose his chosen successor, they hired Bugis mercenaries from Selangor and Perak. In payment, the latter were promised that ‘as soon as they got possession of the King’s person they should have the plunder of all the Chooliahs and Chinese’. The Bugis came and carried off the property and ships of the Chulia merchants and 300 brass cannons from the fort at Kuala Kedah.
Although the Chulia diaspora had become extremely influential in the Kedah court, their fortunes depended very much on the stability of the Sultanate itself. "(The Chulias Of Kedah And Penang, Khoo Salma Nasution)

Jasni Bin Ahmad dari jurnal
Bugis Di Kedah 1600-1800:

"Askar-askar Bugis telah membakar bandar Alor Setar di samping merampas apa-apa barang yang berguna serta menebang mana-mana pokok besar yang ditemui. Sebuah tongkang orang Culia(Tamil) dari Koromandel berserta 300 meriam tembaga juga dirampas di Kuala Kedah."

Masih terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi, tapi apakah masyarakat kita paham kegunaan sejarah.





Tambahan dari Izmal Karim:

 Geng Chulia ini berpengaruh dalam Istana khusus di Kedah, Perak & Terengganu. Oleh kerana skills mereka serta kebolehan bertutur dengan pelbagai bahasa Eropah samada Belanda, Inggeris serta Portugis menyebabkan mereka di lantik sebagai "Saudagar Raja" di Kedah, Perak & Terengganu. Di samping itu keupayaan menyediakan kemudahan kewangan bagi menguruskan Perdagangan menyebabkan Sultan-Sultan dari Tanah Melayu gemar menjadi rakan dagang (Sleeping Partner) dengan urusan di serahkan kepada mereka. Perdagangan mereka ini di uruskan atas nama Saudagar Raja kepada negeri-negeri tertentu sebagaimana Saudagar Raja Nasruddin Ali kepada Sultan Mansur Terengganu dan Saudagar Raja Jamal kepada Sultan Kedah ketika itu. Beberapa kisah penyelewengan atau penipuan turun di laporkan akibat tindakan mereka ini yang menyebabkan nama Sultan-Sultan Melayu tercalar antara kisah Saudagar Raja di Perak menipu dalam jualan bijih kepada Belanda dengan campuran benda asing yg membawa pertelingkahan Belanda dengan Sultan Perak. Dari sini tidak mustahil cubaan Pedagang Chulia /India Muslim/Keling ini dalam menguasai Selat Melaka & Tanah mendapat tentangan dari Pedagang Belanda & Inggeris yang ketika ini kuat bersaing sesama sendiri di tambah dengan ketibaan Orang-Orang Bugis sebagai Pedagang serta menawarkan perkhidmatan sebagai Tentera Upahan.



___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________






Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .



Comments