Syed Qutb Mencela Muawiyah

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Sesungguhnya terlalu banyak orang yang terpengaruh dengan Syed Qutb terutamanya pembangkang. Syed Qutb adalah pujaan dan panutan mereka, malah dijadikan 'inspirasi' tentang ketabahan Syed Qutb melawan penguasa negara.

Tanpa mereka sedar - malah sebenarnya mereka ini jahil - bahawa Syed Qutb suka mencela Muawiyah! Ini adalah kesesatan yang muncul dari Syed Qutb. Jika kita permasalahkan tentang aqidahnya Syed Qutb, maka itu lebih banyak. Tetapi pada kali ini kita hanya menyinggung tentang loretan pena Syed Qutb kepada sahabat Nabi.

Catatan: Kita doakan Syed Qutb diampunkan tuhan atas kesalahannya, diberikan balasan yang baik atas usahanya, dan pendedahan ini bukanlah untuk menghukum dia lantaran dia sudah pergi, tetapi untuk menjelaskan kepada umat agar jgn terjatuh dalam 'kesesatan' yang pernah dia sebarkan.



BUKTI

Syed Qutb berkata tentang Muawiyah:

"Adapun ketika keluarga Umayyah bangkit dan kekhalifahan Islam menjadi milik pribadi dalam keluarga Bani Umayyah, maka hal itu bukanlah ilham dari Islam, tapi ilham kejahiliyahan yang mematikan ruh Islam" (Sayyid Quthb, Al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fil Islam; Keadilan Sosial Dalam Islam, hal. 260, Penerbit Pustaka Salman, 1984)

Setelah itu Syed Qutb juga berkata sesuatu yang keji kepada Muawiyah iaitu Muawiyah menyuruh pegawainya menipu kepada rakyat:

"Sesudah pengambilan baiat terhadap Yazid di Syam, Muawiyah lalu menugaskan Said Ibn al Ash untuk MENIPU dan meyakinkan penduduk Hijaz akan sahnya baiat terhadap Yazid" (rujukan yang sama)

Sambung Syed Qutb, setelah menceritakan tentang penipuan dan betapa liciknya Muawiyah dalam berkhianat kepada rakyat maka Syed Qutb berkata:

"Dengan prinsip macam beginilah, prinsip yang sama sekali tidak pernah dikenal Islam, ditegakkan ‘kekhalifahan’ Yazid. Dan siapakah sebenarnya Yazid ini?”

Abdullah bin Handhalah mengatakan tentang Yazid bin Muawiyah sebagai berikut : "Demi Allah! Tak sekalipun kami melihat Yazid kecuali kami merasa takut jangan-jangan Allah akan menurunkan hujan batu kepada kami dari langit. Sungguih laki-laki ini (Yazid) TELAH MENGAWINI IBU KANDUNGNYA, ANAK PEREMPUANNYA dan SAUDARA PREEMPUANNYA SENDIRI, MEMINUM KHAMAR dan MENINGGALKAN SHALAT. Demi Allah! Seandainya tidak ada seorang pun yang menyertaiku, pastilah Allah akan menimpakan bala’ kepadaku karenanya!" (rujukan yang sama)



Bantahan:

1) Muawiyah

Beliau, sahabat nabi yang mulia merupakan penulis kepada Rasulullah saw, telah masuk Islam setahun selepas Perjanjian Hudaibiyah bertepatan ketika Kaum Muslimin mengedakan Haji Qadha'. Pendapat ini lebih kuat berbanding pendapat yang mengatakan dia masuk Islam saat Pembukaan Makkah.

Beliau telah dijamin syurga tatkala dia masih hidup. Nabi bersabda: "Pasukan pertama dari umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di Surga)" (HR. Bukhari)

Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari ketika menjelaskan hadis yg telah saya bawakan di atas: "Al-Muhallib berkata, “Dalam hadits ini terdapat keutamaan Mu'awiyah kerana beliaulah orang pertama yang berperang dengan armada laut"

1) Yazid bin Muawiyah adalah seorang yang soleh dan merupakan anak saudara kepada Ummu Habibah iaitu Ummul Mukminin. Mungkin dia termasuk dalam jajaran tabi'in keranaa dia belajar Islam dari ayahnya, seorang sahabat. Dia lahir ketika pemerintahan Uthman ketika ayahnya diangkat menjadi Gabenor Syam bagi menggantikan Yazid Bin Abu Sufyan, abang kepada Muawiyah.

Maulana Asri di dalam artikelnya bertajuk Syiah Pembunuh Sayyidina Husain di Karbala menulis mengenai Yazid:

"Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi’in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam “Ansabu Al Asyraf” mengatakan bahawa, ” Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : ” Sesungguhnya anaknya, Yazid adalah daripada keluarga yang soleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai’ah kamu kepadanya. (Ansabu Al Asyraf)

Syeikul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

"Pendapat yang benar adalah apa yang dikatakan oleh para imam (Ahlus Sunnah), bahawa mereka tidak mengkhususkan kecintaan kepadanya dan tidak pula melaknatnya. Di samping itu kalaupun dia sebagai orang yang fasiq atau zalim, Allah masih mungkin mengampuni orang fasiq dan zalim. Lebih-lebih lagi kalau dia memiliki kebaikan-kebaikan yang besar.

Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dari Ummu Harran binti Malhan bahawa Nabi bersabda:

"Tentara pertama yang memerangi Konstantinopel akan diampuni" (HR.
Bukhari)

Sedangkan tentara pertama yang memerangi konstantinopel adalah di bawah pimpinan Yazid bin Muawiyyah dan pada waktu itu Abu Ayyub al-Anshari (sahabat Nabi) bersamanya" (Majmu al Fatawa)


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments