OLEH: Muhamad Haris Ismail
[Al-Hasan & Al-Husain Membaiah Muawiyah]
إن معاوية كتب إلى الحسن بن علي صلوات الله عليهما أن اقدم أنت والحسين وأصحاب علي، فخرج معهم قيس بن سعد بن عبادة الأنصاري وقدموا الشام، فأذن لهم معاوية وأعد لهم الخطباء فقال: يا حسن! قم فبايع، فقام فبايع، ثم قال للحسين قم فبايع! ثم قال: يا قيس! قم فبايع فالتف إلى الحسين عليه السلام ينظر ما بأمره، فقال: يا قيس! إنه إمامي يعني الحسين عليه السلام – وفي رواية: فقام إليه الحسن، فقال له بايع يا قيس! فبايع
Maksudnya: "Sesungguhnya Muawiyah telah menulis surat jemputan kepada al-Hasan bin 'Ali (صلوات الله عليهما) untuk bertemu kamu dan al-Husain serta ashab Sayyidina 'Ali. Lalu Qais bin Sa'd bin 'Ubadah al-Ansari keluar bersama mereka menuju ke Syam. Sesampainya di sana Muawiyah mengalukan dan memberikan ucapan kepada mereka dengan berkata: wahai Hasan! Bangun dan berbaiahlah. Hasan bangun dan membaiah, kemudian Hasan berkata kepada Husain: bangun dan berbaiahlah, kemudian kepada Qais: wahai Qais bangun dan berbaiahlah akan tetapi Qais berdiri disamping Husain sambil melihat apa yang bakal disuruhnya. Kata Husain: wahai Qais sesungguhnya Hasan itu ketua kita."
2. Kisah ini juga turut disokong direkodkan oleh al-Zahabi di dalam Siyar Alam al-Nubala' (291/3):
بلغنا أن الحسين لم يعجبه ما عمل أخوه الحسن من تسليم الخلافة إلى معاوية بل كان رأيه القتال ولكنه كظم وأطاع أخاه وبايع وكان يقبل جوائز معاوية ومعاوية يرى له ويحترمه ويجعله فلما أن فعل معاوية ما فعل بعد وفاة السيد الحسن من العهد بالخلافة إلى ولده يزيد تألم الحسين وحق له وامتنع هو وابن أبي بكر وابن الزبير من المبايعة حتى قهرهم معاوية وأخذ بيعتهم مكرهين وغلبوا وعجزوا عن سلطان الوقت
Maksudnya: "Kami tahu bahawa al-Husain tidak menyukai al-Hasan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Muawiyah, bahkan pandangan beliau ialah peperangan sepatutnya berlaku tetapi beliau bertenang dan mentaati arahan al-Hasan dan membaiah Muawiyah. Beliau juga turut menerima bayaran dari Muawiyah dan Muawiyah turut menghargai dan memuliakannya. Setelah kematian al-Hasan, Muawiyah melantik anaknya Yazid untuk menyambung pemerintahan dan ini menyakitkan al-Husain yang mana beliau berasakan berhak keatasnya. Justeru al-Husain, 'Abd al-Rahman bin Abi Bakar dan Ibn Zubair tidak membaiah Yazid sebagai khalifah sehinggalah Muawiyah memaksa mereka. Lalu mereka membaiah Yazid dalam keadaan terpaksa, tewas dan lemah pada kekuasaan pemerintah pada waktu itu."
3. Namun begitu, puak Syiah cuba menafikan fakta dalam kitab Rijal al-Kashi dan juga dalam kitab lain dengan mengatakan ia adalah riwayat lemah, sebagaimana dibincangkan oleh ulama mereka disini:
a. http://www.aqaed.com/faq/3039/
b. https://www.mezan.net/radalshobohat/10-1.htm
IRONI & MELUCUKAN
==================
✔Alasan mereka adalah kesemua perawi itu adalah majhul dan ada juga mengatakan ia adalah perjanjian damai sahaja. Ini suatu yang melucukan sedangkan puak mereka terkenal dengan merekayasa perawi dan hadith palsu. Ironi kan?
✔Lihat juga dalam kitab Bihar al-Anwar karangan Muhammad Baqir Majlisi [1037H-1110H] serta banyak kitab muktabar Syiah yang mempunyai hadith dan riwayat palsu, tetapi mereka tidak mempedulikannya malah mempercayainya. Kenapa tidak memeriksa sanad dan matan dalam kitab lain juga?
Jauhilah Syiah & ajarannya!
___________________________
~ Muhamad Haris Ismail ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment