Sistem Feudal Melayu

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Saya masih ingat, betapa saya suka memandang rendah kepada Eropah pada zaman gelap mereka. Antaranya adalah sistem feudal yg mereka jalani.

Setelah saya mula mengkaji sejarah dan kebudayaan Melayu maka saya kaget! Terkejut dan saya mula mengerti.

Bangsa kita sebenarnya pengamal sistem feudal pada zaman dahulu. Struktur masyatakat terbahagi pada yg diperitah dan pemerintah. Yang di perintah itu ada yg merdeka dan ada hamba.

Contoh, Bendahara Melaka dicatatkan punya 3000 hamba.

Kemudian pula, para pembesar memiliki wilayah kuasa masing-masing. Semacam Dato Maharaja Lela memiliki kekuasaan, (pegangan) diatas wilayah Pasir Salak.

Penduduk di kawasan pegangan mentaati pembesar mereka, dan mereka benar2 menjadi pengikutnya. Maknanya penduduk Pasir Salak menjadi pengikut Dato Maharaja Lela, dan jika perang terjadi, penduduk inilah yg akan menjadi tentera yang mewakili daerah tersebut. Semacam Tun Perak menyuruh keluarga tentera (penduduk Klang) ikut serta berangkat ke Melaka, sehingga Sultan pun hairan.

Maka para Pembesar akan sering di panggil Orang Kaya-Kaya kerana wilayah itu adalah kepunyaannya dan penduduk tempatnya perlu membayar cukai. Dan sebahagian cukai akan di serahkan pada Sultan.

Nampaknya sistem sosio-politik Melayu hampir sama dengan sistem Feudal Eropah. Dan saya dapati pada waktu itu, inilah bentuk keadaan yg mendominasi dunia: bangsa lain pun menggunakan sistem yg seakan sama.

Kita harus insafi bahawa Melaka, Andalusia, Turki, Timbuktu, dan lain2 negara maju dalam zaman ini menggunakan sistem tersebut.

Dan dalam zaman ini juga lahir ulama2 besar semacam Ibn Taimiyyah. Dan contoh di nusantara, adanya Ar Raniri yang berbakti kepada Acheh.

Apakah para ulama ini mahu dianggap lords (pembesar di zaman feudal)?

Ya, para ulama di zaman itu adalah pembesar, dan ada di kalangan mereka yg bergelar Maharaja Kadi, Makhdum, Maulana, Tokku, Mufti dan Kadi.

Maka apakah ada di kalangan kita mahu melecehkan para asatizah sunnah yang mentaati Pemimpin negara dan melabel mereka sebagai lords atau pengamal feudalism?

Apa bicara kita pada Tokku Paluh yg mengikut Dato Bahaman?



___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments

  1. aku tgk ada diantara artikel yg admin sumbat neh ada libatkn ulama wahabbi.. aku jd pelik knp dh mula sering kaitkn dgn geng pak wahab tu?

    ReplyDelete

Post a Comment