OLEH: Saufy Jauhary
Gabenor itu mencadangkan koridor laluan antarabangsa hanya ‘satu batu (1.6km) dari Pulau Batu Puteh’.
Lihat dokumen tersebut secara terperinci di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1905916799655052&id=1905884616324937
2) Dokumen yang menyatakan kejadian membabitkan kapal British yang ditugaskan mengawal perairan Singapura ‘tidak menganggap kawasan sekitar Pulau Batu Puteh sebagai milik Singapura’.
Menurut laporan kejadian itu yang dihantar kepada Gabenor Singapura, kapal British tidak boleh membantu satu vesel Malaysia yang dikejar bot bersenjata ‘kerana vesel itu masih berada dalam perairan Johor’. Lihat dokumen tersebut secara terperinci di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1906440496269349&id=1905884616324937
3) Peta pada tahun 1962 namun bertarikh Februari 1966 (lihat gambar) menunjukkan perairan Singapura ‘tidak termasuk Pulau Batu Puteh.’ Lihat peta tersebut di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1906858682894197&id=1905884616324937
Malaysia menegaskan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa mahkamah itu pasti mencapai kesimpulan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Puteh sekiranya ia dimaklumkan tentang wujudnya bukti baharu ini.
Malaysia juga menegaskan fakta itu tidak diketahui Malaysia atau mahkamah itu ketika penghakiman mengenai kes berkenaan diumumkan kerana ia hanya ditemui ketika menyemak kembali fail arkib pentadbiran tanah jajahan, setelah arkib itu mendedahkan kepada umum bahan itu selepas penghakiman diumumkan pada 2008.
Malaysia juga berhujah kegagalannya menyedari kewujudan fakta baharu itu bukan disebabkan kecuaian, tetapi kerana dokumen berkenaan merupakan dokumen sulit yang tidak boleh diperolehi pihak awam, sehinggalah ia dikeluarkan UK National Archives.
Gambar:-
Lukisan artis tahun 1882 menunjukkan Pulau Batu Puteh atau dikenali oleh orang barat sebagai Pedra Branca sebelum Rumah Api Horsburgh dibina diatasnya. Dipercayai John Turnbull Thomson yang merupakan seorang Jurutera Awam British telah memberi kebenaran kepada artis, Kapten Thomas Robertson, untuk menghasilkan lukisan berdasarkan kepada lakaran tahun 1850 oleh Thomson.
P/s: Istilah 'Pedra Branca' merupakan istilah Portugis kerana ahli pelayaran Portugis memang aktif dan bijak dalam aktiviti pemetaan / kartografi seluruh dunia.
___________________________
~ Saufy Jauhary ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment