Jemaah Gelap @ Kongsi Gelap Melayu 1850an - 1930an Di Perak

OLEH: Mohd Halmi Kg Gajah


Orang Melayu pertama yang terdedah dengan kongsi Gelap Cina ialah Long Jaafar yang mempunyai hubungan baik dengan Puak Hai San (mengusahakan lombong bijih timah di Larut 1850 an.

Secara umumnya kongsi gelap Melayu di Perak terbahagi kepada dua iaitu:

1)Bendera Merah dan Bendera Putih
 Bendera Putih muncul sekitar tahun 1830an di Pulau Pinang. Diasaskan oleh keturunan India Muslim..Ketua Bendera Putih ialah Tuan Cik @ Sheikh Omar. Bergabung dengan Kongsi Ghee Hin pada 1867.

Manakala Bendera Merah diasaskan pada 1859 juga di Pulau Pinang. Ketua Bendera Merah ialah Che Long @ Hadjee Mohamed Noor juga keturunan India Muslim. Bergabung dengan kongsi Toh Peh Kong (1867).

Sir Hugh Low dalam Mesyuarat Majlis Negeri  Perak 1880 ,mengeluarkan buku tiket Bendera Merah milik Che Adam yang dirampas di Sungai Siakap, Kerian. Che Adam dibicarakan di mahkamah Tinggi Kuala Kangsar.

Pada tahun 1925 orang Melayu dalam kumpulan Bendera Putih di Pasir Salak melakukan upacara mengangkat sumpah. Upacara "potong ayam" (memasukkan darah daripada jari ke dalam cawan, kemudian dipecahkan. Kemudian menjunjung Al Quran dan melafazkan sumpah tidak membocorkan rahsia.

2) Kongsi Gelap Sungai Perak
Dipercayai wujud sejak 1883.  Kongsi Gelap Sungai Perak dianggap Inggeris sebagai kongsi yang paling berpengaruh di Negeri2 Melayu Bersekutu ketika itu. Pengaruhnya begitu kuat di kampung Melayu sepanjang Sungai Perak, dari Gerik hingga ke Teluk Anson. Pada 1931 seorang Ketuanya Ali Kahfi dan empat orang kanannya telah dibuang negeri ke Labuan.

Menurut versi Ayahanda Mokhtar Petah, Ali Kahfi dan rakan2nya terpengaruh dengan dakwah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Junid Taha (Ulama Kaum Muda). Mereka membuat gerakan bawah tanah dan merancang membunuh Penasihat Inggeris yang rumahnya terletak di pinggir jalan ke Istana Kuala Kangsar. Tetapi rancangan ini dapat dihidu Inggeris dan mereka dibuang negeri ke Labuan.

Sumber: Kongsi Gelap Melayu di Negeri2 Utara 1821-1940an, Mahani Musa, MBRAS 2012. /Fb Mokhtar Petah


___________________________
~ Mohd Halmi Kg Gajah ~
Sahabat PENA

Comments