Proses Dalam Membuat Keputusan Dasar Awam

OLEH: Haziq Azhar

Terdapat pelbagai pendapat sarjana dalam proses membuat dasar keputusan untuk dasar awam (Decision - Making Process in Public Policy). Namun, secara umumnya yang mempelajari dasar awam adalah lima langkah dalam proses membuat keputusan untuk dasar awam. Antaranya adalah Identification, Definition Alternative Search , Choice  Implementation, dan Feedback/Evaluation.

Identification (Mengenalpasti)
Proses ini dikenali sebagai mengenalpasti masalah yang perlu dihadapi oleh pembuat dasar (policy - maker) bagi memastikan sesuatu dasar yang dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh; masalah pembuangan sisa toksik daripada kilang dan apakah dasar yang perlu dilaksanakan oleh pembuat dasar bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Definition Alternative Search (Definisi)
Proses ini dikenali sebagai proses untuk membentuk objektif dan definisi masalah yang perlu diselesaikan dan adakah masalah tersebut betul - betul serius. Selain itu, ia akan membantu pembuat dasar untuk memahami keadaan masalah yang perlu dihadapi.

Choice (Pilihan)
Proses ini dikenali sebagai mengenalpasti pilihan sumber yang ada bagi memastikan dasar tersebut dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sumber tersebut seperti sokongan politik, wang, tenaga, dan masa.

Implementation (Pelaksanaan)
Proses ini dikenali sebagai pelaksanaan dasar yang telah diteliti dan dirancang.

Feedback/Evaluation (Penilaian) 
Proses ini merupakan peringkat yang terakhir dalam proses membuat keputusan dasar. Dalam proses ini akan diberi penilaian samada keberkesanan polisi yang dilaksanakan atau tidak. Ia juga membantu pembuat dasar untuk merancang polisi dengan lebih berkesan.



___________________________
~ Haziq Azhar ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments