OLEH: Muhammad Zamri
#Melihatkan perisüwa kesombongan adindanya Sultan Bahadur Syah sejak menjadi raja itu, Raja Bima merasakan dirinya benar-benar tersinggung dan diketepikan. Perbuatan itu merupakan suatu penghinaan dan kesempatan ini diambil oleh Seri Amar Pahlawan menghasut Raja Bima sekali lagi untuk bertindak membalas dendam dan malunya.
Rancangan sulit telah diatur. Pada hari Jumaat sesudah nobat subuh didengari, pintu gerbang istana dibuka seperti biasa. Ketika ini SeriAmar Pahlawan berpura-pura menyambut kedatangan Raja Bima ke istana menaiki gajah. Ketika ini juga Sultan Bahadur Syah yang masih kecil itu bangun dari peraduan lalu berdiri di depan pintu istana. Dengan tidak membuang waktu Raja Bima telah menghunus kerisnya lalu menikam dada Sultan Bahadur Syah. Baginda rebah dan mangkat di situ juga. Raj Bima yang ketakutan cuba mencari perlindungan, di ketika itu beliau telah diekori oleh Seri Amar Pahlawan. Seperti juga kejadian pembunuh keatas Sultan Patik Siam, Seri Amarat yang menjadi dalang di belakang tabir terlepas dari sebarang tuduhan. Malah beliau sendiri yang ingin menutup rahsianya telah bertindak membunuh Raja Bambang. Begi juga dengan pembunuhan ke atas Sultan Bahadur Syah, Seri Amar Pahlawan terselamat dari sebarang syak dan prasangka kerana kononnya berjasa membunuh Raja Bima yang telah dihasut oleh Seri Amar Pahlawan sendiri.
___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment