OLEH: Abu Taqiyuddin
Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB Mark Lowcock semasa pertemuan dengan Dr. Abdullah Al-Rabeeah
ARAB SAUDI 'BERBELANJA MEWAH' DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
2. Siapa nak dengar Arab Saudi bagi sumbangan berbilion-bilion ringgit kat umat Islam khasnya dan dunia amnya?
3. Cerita pasal Arab Saudi 'berbelanja mewah' mendermakan wang ini bukanlah kisah baharu. Dah berpuluh tahun duit mereka dihabiskan kepada orang lain yang kadangkala menjadi pihak yang menikam mereka semula.
4. Tu tak termasuk dengan organisasi-organisasi kemanusiaan yang beroperasi secara sendirian berhad dari Saudi yang dimiliki oleh Jutawan Saudi. Dimana mereka menyalurkan bantuan kemanusiaan ke penduduk yang terjejas di seluruh dunia secara persendirian.
5. Aku malas nak sentuh panjang bab Saudi kepada agensi UN seperti UNCHR dan UNICEF. Jadi aku nak alihkan perhatian korang kepada Pengarah Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman, Dr. Abdullah Al-Rabeeah. Siapakah dia ini? Untuk makluman korang, Dr. Abdullah Al-Rabeeah ini merupakan Ketua Doktor Pakar yang terlibat memisahkan pasangan kembar Malaysia, Ahmad dan Muhammad pada tahun 2007.
6. Dan untuk makluman korang juga, pembelanjaan memisahkan Ahmad dan Muhammad yang tercantum di bahagian dada ini, ditanggung sepenuhnya oleh Khadimul Haramain As-Syarifain Al-Malik Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud Rahimahullah, Raja Arab Saudi pada ketika itu.
7. Korang nak tau, berapa kos pemisahan dua beradik yang ditanggung oleh Raja Arab Saudi ini? RM1.7 juta!
8. Dan korang nak tau siapa Dr. Abdullah Al-Rabeeah ni lagi? Dia juga merupakan mantan Menteri Kesihatan Arab Saudi.
9. Jadi, jika adik Muhammad dan Ahmad yang tak ada perkaitan politik semacam ni pun Raja Abdullah boleh bantu. Takat kawan-kawan dalam dunia politik ni, apalah sangat.
10. Hanya yang peghak ulu atau buat-buat lupa jer yang akan buat-buat buta konon bantuan kewangan dari 'pihak Arab Bodoh' ni sesuatu yang 'asing' lagi 'menakjubkan'.
11. 5 buah Hospital di Kedah, Terengganu dan Kelantan, Projek Fasa ke 2 Pelabuhan Pulau Pinang, Lebuhraya Barat - Timur, hatta beberapa projek pembanggunan MRSM pakai duit dari sapa? - Benda ni ada tertulis dalam jurnal akademia. 😏
12. Itu tak termasuk projek Pra Pelepasan 'Road To Makkah' hasil kerjasama erat kerajaan terdahulu dengan pemerintah Arab Saudi bagi membolehkan jemaah Haji Malaysia memasuki Kota Makkah dengan akses langsung dari KLIA (yang mana sebahagian dari Menteri telah merasai nikmat tinggalan kerajaan terdahulu pada musim Haji 2018).
13. Akhir kalam. Sayangi Malaysiaku.
----------------------------------------
Penghargaan PBB untuk kemanusiaan Arab Saudi di Yaman
23 Mei 2019
RIYADH - Sekretaris Jenderal untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyeliaan Bantuan Darurat PBB Mark Lowcock menyatakan penghargaan yang mendalam kepada Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu atas sokongan nyata mereka terhadap kerja kemanusiaan dan bantuan di Yaman dengan menyediakan $ 1.5 billion pada persidangan penderma Februari lalu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua negara Arab atas pemberian mereka $ 930 juta kepada rakyat Yaman selain $ 300 juta berdasarkan janji mereka sebelum ini pada November lalu.
Beliau juga memuji peranan mereka untuk memudahkan akses bantuan di bandar Hodeida, membolehkan PBB mempercepatkan operasi bantuan dan memenuhi keperluan makanan.
Lowcock membuat kenyataan itu ketika bercakap pada sidang media Rabu berikutan pertemuan kemanusiaan peringkat tinggi antara Arab Saudi, UAE dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di hadapan Dr Abdullah Al-Rabeeah, penasihat ke Mahkamah Diraja dan Penyelia Besar Raja Bantuan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief). - SPA
Sumber: UN appreciation for Saudi Arabia's humanitarian work in Yemen
___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment