Bangsa Dahulu Lebih Maju Dari Manusia Moden

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Kemajuan yang luar biasa dan kemakmuran yang melimpah ruah serta kekuatan yang tak terperi; menjadikan Firaun memiliki wejengan mengaku Rabbul Alamin.

Musa sahaja bergetar hatinya untuk berdialog dengan 'Sang Tuhan' lantas Allah - Tuhan Sebenar - memberikan Mukjizat pada tangannya yang bercahaya.

Kalau tamadun Mesir itu biasa-biasa sahaja maka tidak pantas lah masyarakat Qibti menyembah rajanya.

Lihat apa yang terakam dalam kitab Suci dan huraian para Ulama. Bahawa Allah menghapuskan semua binaan agung Firaun lalu yang ditinggal hanya sedikit dan itu pun adalah binaan biasa. Dan yang ditinggal juga adalah jasadnya.

Maknanya Piramid yang ada di Mesir hari ini adalah binaan "tidak hebat" dan atau disebut binaan biasa.

Tapi betapa Piramid itu telah membuat manusia moden takjub dan gagal merungkai banyak "misteri" tentangnya.

Begitu pula Babil, musnah kerana bahasa. Selepas Bah Besar maka manusia mendirikan menara yang sangat tinggi sehingga atapnya menyentuh awan!

Lalu apakah manusia moden hari ini sudah mampu membina menara seperti Babil?

Begitu juga, dalam catatan, ketika Raja Melayu Islam dari Pasai ditangkap secara jahat oleh Pra Chau Siam maka utusan Pasai menuju ke Negara Gajah Putih itu dengan membawa dua ekor itik emas mekanikal yang boleh berenang!

Sungguh mereka mewarisi ilmu dari Adam dan Adam telah diajar oleh Tuhan akan segala ilmu sehingga tahulah Malaikat akan darjatnya.

Semacam itu, kononnya Ibnu Firnas menemukan cara peleburan pasir di Andalusia. Lalu dianggap pencipta kaca.

Padahal Sulaiman membina Istana yang berlantaikan kaca sehingga Balqis mengangkat jubahnya saat menjejak kakinya.

Rujukan:
- Qisasul Anbiya, Ibn Kathir
- Sulalatus Salatin
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments