OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Hamka yang mewarisi pemikiran Salafi dari tanah Minang setelah berlalunya Perang Paderi, menjadi ulama besar di Indonesia.
(Ketika tulisan ini dibuat, saya menyangka bahawa Kaum Paderi itu pengikut Manhaj Salaf. Namun hakikatnya mereka adalah kaum Al Asyaariyah dan mewarisi perjuangan Madrasah Burhanuddin Ulakan, Pariaman. Matlamat kaum Paderi yang hampir sama iaitu melakukan tajdid menyebabkan ramai orang menyangkakan mereka itu pengikut gerakan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab)
Namun itu bukan petanda bahawa salafiyun menjadi dominan dan menyebar luas sampai ke corok kampung. Kerana Allah telah menetapkan bahawa Ahlul Sunnah Sejati itu pasti akan bersikap terasing dan sedikit.
Lalu Hamka pun ditentang hebat. Irfan Hamka menulis dalam buku kenang-kenangan dia bersama ayahnya, bahawa satu ketika bapanya telah ditangkap lalu dihumban ke dalam jerjak besi.
Sangat jelas permusuhan antara faham agama, dan yang akan dimusuhi semua pastilah mazhab Salaf.
Lebih lucu - dan sikap ini benar terjadi sampai hari ini - bahawa terkadang ahli Bid'ah itu membantah Salafi dengan alasan luar biasa tidak waras!
Pernah di kata "Lihat inilah bukti kesalahan mazhab Salaf" sambil menunjukkan sebuah kalimah yang tersalah eja!
Begitulah pula Hamka. Bapak Pram yang terkenal sebagai pejuang Sosialis-Komunis menulis dalam majalahnya bahawa Tenggelamnya Kapal Van Der Vick itu hasil plagiat karya Barat.
Sebagai tokoh sastera maka Hamka tercalar maruahnya, malah tempias turut terasa oleh kaum keluarga seperti Irfan. Dia mengatakan bahawa guru sastera nya selalu memerli bapanya semenjak tulisan Pram diterbitkan.
Namun Salafi mengerti bahawa setiap orang yang mendebat mereka, setiap manusia yang mengkaji mereka dalam rangka memusuhi mereka: akan melihat hujjah dan kebenaran itu sangat akrab dengan manhaj Salaf.
Namun yang membuat mereka masih kekal menjadi Asyaariyah, Maturidiyah, Deobandi, Tablighi, Ikhwani dan segala mazhab sesat lain adalah kerana taufiq dan hidayah.
Sebagaimana Iblis itu mengetahui bahawa kebenaran dan kebatilan itu sangat jelas, sehingga dia mampu merencana jalan kesesatan untuk manusia.
Seperti juga para rahib dan rabai itu mengerti akan Nabi seperti pengetahuan mereka pada anak sendiri, namun kerana kesombongan dan keduniaan maka mereka memusuhi kebenaran!
Semacam itulah Abu Talib bapaknya Ali, mengerti akan Islam malah dia membela keberadaan Nabi dari tentangan Makkah, namun hingga ke sudah dia tetap enggan bersyahadah.
Apakah kita tidak menyangka para Habib Selendang Hijau Tarikat Naqshabandi itu tidak melihat kebenaran berpihak pada Salafi? Sungguh mereka mengetahui dan melihatnya dengan jelas.
Namun bisikan syaitan itu lebih indah. Dunia untuk dirangkul dan nama lebih penting di julang. Maka menjadilah sombong pada kebenaran hingga Tuhan pun menggiring mereka jauh ke dalam zulmat - gelap yang kelam.
Begitulah yang terjadi. Ketika Bung Karno wafat maka dibaca wasiat: "Yang akan mengimaminya nanti Bapak Hamka".
Maka pergilah 'ulama sesat yang pernah dipenjara' menuju saf terdepan dan memimpin jamaah.
Demikian datang seorang wanita Muslimah dan seorang lelaki kafir ke rumah Hamka. Agar dia mengislamkan dan mengajarkan agama kepada lelaki tersebut sebelum pasangan itu bersatu.
Rupanya wanita muda tersebut adalah anak Bapak Pram! Dia mengatakan bahawa pemikiran dan mazhab dia berbeza dengan Hamka namun dia tidak mahu bermenantukan orang kafir.
Dan dia hanya percaya pada Hamka untuk menuntun bakal menantunya dalam memahami agama. Lantaran itu diutus anaknya dan bakal menantunya mengetuk pintu rumah 'Pencuri Karya Barat' tersebut.
Sungguh Hamka adalah Salafi di zamannya yang serba kurang. Dan setiap manusia itu tidak maksum, sehingga nanti tiap-tiap jiwa akan diukur berdasar sejauh mana kebenaran yang telah sampai pada dirinya.
Maka waspada wahai jiwa yang telah ditegakkan hujjah dan mengerti, tetapi enggan mengakui kebenaran dan berpaling darinya, malah berhati-hatilah orang yang memusuhi kebenaran dan ahlinya, kerana kita semua akan diadili Tuhan.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment