Jawa Melawan Red Indian?

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Candi Penataran mula dibina sekitar tahun 1200 di Jawa dan memuatkan banyak ukiran yang misteri.

Perlu diketahui bahawa ukiran di candi merupakan catatan tentang keagungan pemerintah atau ajaran yang berkaitan dengan agama negara.

Beberapa ukiran misteri yang dipahat di candi tersebut adalah pokok kaktus gajah (pachycereus pringlei) dan tentera Red Indian menunggang gajah melawan tentera jawa.

Hal ini menjadi misteri lantaran:

(1) Zaman dibinanya candi tersebut, 'dunia' belum mengenali Benua Amerika, sehingga bagaimana umat Nusantara khususnya Jawa mampu mengukir hal tersebut.

(2) Ukiran tentang pakaian kaum Red Indian tepat seolah-olah mereka pernah dilihat oleh pasukan Jawa.

(3) Pokok Kaktus Gajah hanya ditemukan di benua Amerika sahaja.

(4) Gajah tidak ada di Benua Amerika.

Lalu dibuat satu kesimpulan, bahawa kejadian umat Nusantara sampai ke Amerika sudah lama - dan memanglah tabiat umat ini mengukir hal-hal lampau - ketika masih tersisa gajah di sana.

Lagipula umat Nusantara memang diketahui sebagai penemu layar, perintis jalan lautan dan penunggang angin monsun.

Malah nama Amerika itu diandaikan dari bahasa Bugis - mereka adalah pelayar terulung dalam Kaum Nusantara - dari lafaz "Ammiriko" yang bermaksud bertiuplah, tatkala para awak-awak yang berada di pantai benua 'Amerika' berdoa dengan lantang agar angin meniup layar.

___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments