OLEH: Saufy Jauhary
Gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel
Maka tersebutlah perkataan ada seorang Keling diam di Melaka, jadi Syahbandar, Raja Mendaliar namanya, terlalu kaya; pada zaman itu tiadalah taranya dalam Melaka itu. Sekali persetua, Raja Mendaliar duduk mengadap Bendahara Seri Maharaja, maka kata Bendahara, "Hai Raja Mendaliar, hendaklah tuan hamba berkata benar, berapa ada emas tuan hamba?" Maka kata Raja Mendaliar, "Tuanku, emas sahaya tidak banyak, ada lima bahara." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Lebih hanya sebahara emas kita daripada emas Raja Mendaliar."
(Petikan dari Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, diselenggara oleh A. Samad Ahmad, m/s 252)
Oleh itu berdasarkan teks Sulalatus Salatin, kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir adalah sebanyak 6 bahara emas. Berapakah nilai sebenar kekayaan beliau?
1 Bahara = 180 kg
6 Bahara = 1,080 kg
Jika dinilai dengan harga emas pada 22/06/ 2019 :
1 gram = RM187.23
1 kg = RM187,230
1,080 kg = RM202,208,400
Begitulah anggaran kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, bendahara Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Yang mana pihak Portugis mengakui selagi hidupnya Bendahara Seri Maharaja selagi itulah Melaka tidak kan dapat ditawan. Kemungkinan beliau adalah orang kedua terkaya selepas Sultan Melaka di zamannya.
Sumber:
1) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan ke lapan belas 2015.
2) http://ibrahim-bakar.blogspot.com/2011/…/weight-measure.html
3) https://www.hargaemas.com.my/harga
___________________________
~ Saufy Jauhary ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment