OLEH: Taufiq Tuah
Bismillah.
Telah tersebar akhir-akhir ini gambar sebilah keris milik Sultan Abdul Jalil, Riau yang ada pada bilahnya, bintang Nabi Daud atau David Star.
Maka muncul teori 'segera' bahawa Melayu ialah daripada Bani Israel atau Yahudi kerana adanya bintang itu pada keris yang bertarikh 1712 Masihi.
Sedangkan kajian telah dijalankan bahawa bintang Nabi Daud ialah asal daripada kaum Kanaa. Tidak dinafikan, simbol yang sama juga pernah digunakan oleh beberapa khalifah Islam.
Persoalan, bagaimana simbol ini tersebar di dalam dunia Islam?
Soalan ini dijawab dengan mudah. Tahukah anda, simbol ini lah yang digunakan dalam acara sihir. Samada sihir Yahudi, Kristian mahupun sihir ala-ala Islam.Ilmu Mujarobat ialah ilmu sihir yang menggunakan susunan huruf tertentu dengan jadual dan graf tertentu untuk menelek nasib dan meminta tuah. Saya pernah mempunyai buku ini di tangan dan dapat dilihat pelbagai graf dan susunan huruf digunakan untuk tujuan syirik.
Bintang Nabi Daud ini juga antara yang digunakan di dalam ilmu mujarobat tersebut. Susunan-susunan ini dipanggil 'Ayat Wafak'. Kebiasaannya ia diletakkan di atas pinggan tembikar, diniding rumah, kain perca malah juga, senjata.
Keris Sultan Abdul Jalil (semoga Allah mengampuninya) bukan lah satu-satunya keris di Nusantara yang memaparkan ayat wafak pada bilahnya. Malah, banyak lagi keris lain yang ada ayat wafak dengan pelbagai bentuk. Ada juga ayat wafak yang hanya tertera bentuk petak tanpa bintang.
Contoh keris lain yang juga ada wafak
Ilmu Sihir ini digunakan bukanlah daripada Tanah Melayu. Malah moyang kita di Tanah Melayu juga mendapat pengaruh ilmu ini daripada Parsi. Malah ayat wafak bukan lah satu-satunya pengaruh Parsi yang telah sampai ke Nusantara.
Ilmu Sihir yang sama juga digunakan oleh khalifah-khalifah Islam sebelumnya dan perbuatan ini pastilah perbuatan syirik.
Adakah Bintang Daud Milik Umat Islam?
Jawapannya TIDAK. Islam ialah agama yang tiada sebarang lambang dan simbol. Malah begitu lah juga bulan dan bintang. Bulan Bintang yang kebiasaannya sinonim dengan Islam hakikatnya bukan lah lambang yang mewakili Islam. Hanya orang cuba sinonimkannya tetapi bukanlah lambang sah. Malah agama Allah ini pastilah tiada lambangnya.Yahudi juga pada asalnya tidak ada lambang agama. Sehinggalah akhirnya mereka mengambil lambang Bintang Daud sebagai lambang mereka yang mana pada asalnya bukan lah milik mereka.
Kristian juga pada asalnya tidak ada simbol agama sehinggalah ada penganut mereka memperkenalkan salib. Itu pun salib mereka berbeza-beza mengikut mazhab mereka.
Ada golongan Islam yang kononnya berpegang pd simbol seperti simbol Syiah. Malah ada orang Sufi yang menjadikan capal nabi sebagai simbol. Semua ini tidak lah ada contohnya dari Rasulullah. Lebih-lebih lagi apabila ada yang bertakal dengan simbol-simbol ini. Maka samalah saja perbuatan ini dengan perbuatan Yahudi dan Kristian.
Logo Capal yang juga digunakan sebagai bahan syirik wafak
Maka jelas, Bintang Daud bukanlah dari Islam
Hukumnya Apa Pakai Keris Ini?
Hukumnya haram secara jelas kerana syirik itu sendiri ialah haram. Jadi apa yang sepatutnya kita buat jika jumpa keris seperti ini di rumah?Ruqyah kan keris itu di dalam air dan kemudian bakar keris itu. Jika jumpa di atas pinggan, ruqyahkan pinggan itu kemudian pecahkan pinggan itu. Jika di kain perca, rendam kain itu sambil meruqyah kemudian koyakkan ia.
Kenapa kita mengambil pendekatan menghapuskan barang-barang ini?
Kerana ini ialah barang yang telah digunakan untuk sihir. Perjanjian jin dengan pemilik telah terjalin dengan barang-barang ini. Barang tersebut akhirnya menjadi simbol kesyirikan maka elok lah jika dimusnahkan. Tegaskan akidah kita, tidak ada baiknya simpan barang-barang wafak..
Boleh ke kita memaparkan bintang daud di baju, buku milik kita?
Sesungguhnya perbuatan ini sama lah saja dengan memaparkan salib pada baju. Walaupun sejarah bintang daud itu bukanlah berasal dari Yahudi, tetapi mereka telah mengambil bintang itu sebagai logo agama mereka.
Maka kita sebagai Muslim pastilah tidak perlu teringin pun untuk meniru-niru logo mereka. Apatah lagi logo tersebut bukan sahaja telah menjadi logo agama kufur, tetapi juga menjadi lambang kesyirikan..
Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment