OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Deklarasi Balfour adalah titik awal pembentukan negara Yahudi apabila Habib Husein Al Asyaariyah inginkan kuasa dan berhasrat keluar dari jajahan Turki Uthmaniyah.
Bermula pada 1915, Henry McMohan berbincang dengan Syarif Makkah untuk menjadikannya Khalifah dan memberi Hijaz kepadanya.
Untuk menjayakan hasrat itu maka dilancar Revolusi Arab yang dipimpin oleh Syarif Makkah dengan dua anaknya.
Meletus lah perang bangsa Arab menentang bangsa Turk di bawah Turki Uthmaniyah pada 1916.
Lalu pada 2 November 1917, sebuah surat dikeluarkan oleh kerajaan British kepada Bank Yahudi untuk menyatakan pembentukan negara Israil di Palestin. Surat ini dianggap sebagai Deklarasi Balfour dan dianggap sebagai titik awal krisis kemanusiaan Palestin sampai hari ini.
Pada 1919, Raja Iraq iaitu anak Habib Husein membuat perjanjian dengan Saintis Yahudi yang menjadi ketua Bani Israel. Dalam perjanjian itu Habib Faisal sangat menekankan perlaksanaan Deklarasi Belfour ini.
Siapa sebenarnya yang mewujudkan Israel?
(1) Raja Asyaariyah atau;
(2) Raja Wahabi
Siapa yang bersahabat baik dengan Yahudi dan British?
(1) Raja Asyaariyah atau;
(2) Raja Wahabi
Siapa yang ingin keluar dari Turki Uthmaniyah sehingga memulakan Revolusi Arab?
(1) Raja Asyaariyah atau;
(2) Raja Wahabi
Untuk lebih lanjut boleh dikaji tentang Deklarasi Balfour ini. Antara buku yang diiktiraf oleh cendiakawan dunia termasuk ahli sejarah Islam masa kini adalah:
"The Balfour Declaration: The Origins of the Arab-Israeli Conflict".
Sila Baca Surat Di Bawah (Klik Gambar Untuk Jelaskan)
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment