Sejarah Al-Rajhi Bank

OLEH: Syafiq Murat



Al-Rajhi Bank (bahasa Arab: مصرف الراجحي, Masref Al-Rajhi) (dikenali sebagai Al Rajhi Banking and Investment Corporation sehingga pertukaran nama pada 23 Februari 2006[1]) adalah syarikat perbankan Islam terbesar di dunia, dan juga satu pelabur utama dalam persada niaga Arab Saudi. Al-Rajhi merupakan antara syarikat saham berusahasama terbesar dalam negara tersebut, dengan modal berbayar berjumlah SR 6.75 bilion. Ibu Pejabatnya terletak di Riyadh dan terdapat enam Pejabat Serantau.

Al Rajhi Bank telah di lancarkan di Malaysia pada tahun 2007 oleh Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Cawangan pertama dan juga merupakan cawangan utama Al Rajhi Bank Malaysia terletak di Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Terdapat juga lebih 10 cawangan lain di sekitar lembah kelang dan beberapa lagi di bandar-bandar utama seluruh Malaysia antaranya di Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching dan Pulau Pinang. Selain boleh mempunyai akaun simpanan, antara kemudahan yang di sediakan olah Al Rajhi Bank di Malaysia kepada pelanggan-pelangan adalah seperti Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Kad Debit, Charge Card dan juga Kad Al-Musafir untuk memudahkan urusan kewangan semasa mengerjakan haji dan umrah khususnya.

Siapakah pengasas ALRAJHI Bank?
Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion. Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Sedikit fakta berkenaan beliau :

1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.

2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.

3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.



___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA




Comments