Sejarah Ambank

OLEH: Syafiq Murat


Merujuk sejarah awal - Arab-Malaysian Development Bank Berhad telah diperbadankan pada 5 Ogos 1975 sebagai usaha sama bersama di antara Malaysian Industrial Development Finance Berhad, dengan pemegangan saham 55.0%, Arab Investments for Asia (Kuwait) dengan pemegangan saham 33.0%, dan National Commercial Bank (Saudi Arabia) memegang 12.0%. Kami memulakan operasi pada 1 April 1976, dan pada Disember 1983 mula dikenali sebagai Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad, satu nama yang kami dikenali dengan, untuk lebih daripada tiga dekad sehingga penjenamaan semula kami pada 2002.

1976 • Bank memulakan operasi pada 1 April 1976 sebagai usaha sama antara pemegang saham Arab Saudi dan Malaysia.

1977 • Kumpulan memperolehi pemegangan saham sebanyak 70.0% dalam Malaysian Industrial Finance Company Limited (MIFCL), yang kemudiannya dinamakan semula Arab-Malaysian Finance Berhad (AMFB).

1982 • Tan Sri Dato’ Azman Hashim memperolehi 100.0% pegangan saham dalam Kumpulan dan berjaya menjadikan AMFB milik penuh beliau.

Tahukah anda, Bank Unta ini pernah berada di ranking No. 1 antara bank2 di Asia?



2001
• AMFB memperoleh MBf Finance Berhad.

2002
• Penggabungan Arab-Malaysian Finance Berhad dan MBf Finance Berhad, berikutan peletakkan hak aset dan liabiliti AMFB ke dalam MBf Finance Berhad. MBf Finance Berhad menukar namanya kepada AmFinance Berhad. AMFB telah ditukar kepada syarikat pemegangan.

• Penjenamaan semula dan penukaran nama “Arab- Malaysian Banking Group” kepada “AmBank Group” dengan warna korporat Kumpulan yang baru iaitu merah membara dan kuning perpaduan.

2006
• Pada Januari 2006, AmPrivate Equity, dana ekuiti persendirian, telah dilancarkan.

Hebat juga ambank ni, MBF Finance pun kena beli dgn Ambank..

2007
• Pada 18 Mei 2007, Kumpulan AmBank mengalu2kan kemasukan Kumpulan Perbankan ANZ (Australia & New Zealand Bank) sebagai rakan kongsi strategik dan juga pelabur utama.

2013
• Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemandu trak tunda selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh pengasas Arab Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada 2013.

2017
• BNM mengarahkan RHB untuk bergabung dengan AMBANK bagi memudahlan kawalan dibuat, namun usaha ini buntu kerana pemegang sahab kedua2 syarikat yg tidak bersetuju, jika ia berjaya digabungkan, RHB AMBANK akan menjadi bank ke-3 terbesar dibelakang Public Bank.



Tamatlah sudah kupasan sy berkenaan Empayar Arab- Malaysian Bank yg kini namanya AMBANK.. jatuh bangun bank ini amat menakjubkan setelah pengambilan saham oleh Tan Sri Azman Hashim.. hampir bergabung dengan Affin, RHB, krisis ekonomi 1997, menjadikan bank ini sangat berpengalaman dalam dunia perbankan.. Sebagai rumusan, bolehlah rujuk kepada carta alir dibawah. Sekian, t.kasih

___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA

Comments