OLEH: Abu Amru Radzi Othman
SEJARAH RINGKAS NEGARA SALAFI MELANYAKKAN PEMIKIRAN GOLONGAN HIZBI
Negara ini adalah antara sebilangan kecil di dunia yang tidak pernah dijajah.
Awal terbetuk adalah sejak kurun 1446 M iaitu sebuah kekuasaan berbasis puak telah muncul dari kawasan Wadi Hanifa yang dinamakan sebagai negara Dariyyah.
Perlahan-lahan Dariyyah membesar hingga mencakup Semenanjung Arab malah sempat menggempur Iraq dan Syam. Hal ini berlaku setelah 'Dariyyah Baharu' terbentuk atas perjanjian Kerjasama antara Imam Muhammad dengan Syeikh Muhammad pada 1744M.
Menurut Uqayli, keadaan 'Dariyyah Bahari' sangatlah kerdil. Dicatat jumlah rumah di Wadi tersebut sekitar 70 buah sahaja. Namun setelah terlahirnya 'Dariyyah Baharu', sebuah 'kampung' bertukar menjadi kota metropolitan.
Dari sebuah wadi di tengah-tengah Semenanjung Arab yang kering kontang, tiada sumber ekonomi dan penduduknya pula bukan tergolong berbudaya tinggi (menyebabkan Safavid dan Uthmaniyah menutup mata dan enggan mahu menguasai Dariyyah) telah bertukar sifat dalam tempoh waktu yang singkat.
Pada 1802, wilayah Hijaz yang berdiamnya Makkah dan Madinah diambil oleh Dariyyah dari Syarif Makkah. Yang sebenarnya Syarif Makkah memberi ketundukan pada Sultan Turki tanpa dipaksa setelah Khalifah Mamaluk bersubahat dengan Peringgi. Maknanya hijaz adalah negara Vassal bagi Uthmaniyah.
Sebenarnya kebencian Turki dan Mesir kepada Dariyyah sudah lama membuak, lantaran pertelingkahan aqidah yang berbeza. Lalu saat Makkah ditawan oleh Dariyyah, adalah ibarat orang mengantuk disorong bantal.
Tidak berlengah Sultan Turki menitahkan agar Pasukan Mesir menyeberangi Afrika menuju Riyadh dalam Ekspedisi Najd. Pada 1818M, kota Metropolitan Dariyyah dibedil hingga ranap, jadilah padang jarak padang tekukur.
Ironinya bukan sahaja bangunan malah seluruh ladang kurma di Dariyyah dimusnahkan. Kemudian Turki membiarkan Dariyyah, kerana Istanbul tidak punya ghairah mengambil wilayah yang tidak ada apa-apa itu sebagai jajahan.
Pada 1824M, Dariyyah muncul kembali walau wilayahnya sedikit kecil. Dan Hijaz kekal milik Turki. Baru melepasi separuh usia, iaitu pada 1891M, tanpa disangka sekutu Dariyyah, iaitu Emirat Jabal Shammal mengkhianat lalu memberontak.
Dariyyah tumbang dalam Pertempuran Mulayda dan dipanggil nama baharu iaitu Daulah Al Rasyid. Manakala keturunan Al Saud menjadi pelarian dan berlindung di bawah Amir Kuwait.
Sungguh hal yang pernah terjadi, muncul lagi. Dariyyah wujud buat kali ke 3. Ibn Saud datang dari Kuwait lalu membebaskan Riyadh - kampung halaman mereka pada 1902M.
Pada 1921M, 'kacang lupakan kulit' berjaya dihapuskan. Kerajaan Al Rasyid yang dinaikkan oleh Dariyyah akhirnya dibubar oleh mereka.
Pada 1925M, Kerajaan Hasyimiyah (Nama lain untuk Hijaz) berjaya dikalahkan. Lalu Makkah dan Madinah kembali ke tangan Dariyyah.
Pada 1932, nama Dariyyah ditukar menjadi Arab Saudi. Tidak lama kemudian, emas hitam pun memancut dari tanah tandus. Apakah itu adalah janji Allah kepada golongan yang memperjuangkan Tauhid?
Dan ingatlah bahawa Allah hanya akan memberi kerajaan kepada golongan yang beriman dan beramal soleh.
"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal saleh, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia ridhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun" (An Nur : 55)
Sudah terbukti di depan mana kita bagaimana Kerajaan Salafi ditegakkan sebanyak tiga kali setelah dihancurkan.
Seandainya metode mereka ini jumud, lalu metode kaum Hizbi adalah cara yang mengikut sunnah, maka:
(1) Mengapa belom ada satu kelompok hizbi pun yang berjaya mendirikan sebuah negara. Yang mereka hadapi adalah selalu gagal, dan yang kerap mereka lakukan adalah menjadi demonstran.
(2) Mengapa Saudi berjaya mendapatkan kuasa dan mewarisi kerajaan padahal Dariyyah pernah ranap dibedil dan sebenarnya dua kali dihapuskan.
Sungguh kepada orang yang mendapat hidayah akan melihat bahawa Dariyyah Baharu diasaskan untuk Tauhid.
Dan atas dasar Tauhidlah Dariyyah mampu muncul tiga kali dan masih kekal sampai hari ini.
Malah di Saudi, tidak ada sebuah kuil yang dibenarkan untuk didirikan. Orang kafir bebas memilih agamanya namun mereka diharamkan untuk mempamerkan lambang kesyirikan - agama mereka.
Dan dengan mata-kepala yang waras, dapat dilihat hanya Saudi sahaja yang menjalankan Hudud. Malah Saudi adalah negara yang menegakkan Syariat hampir pada keseluruhan, walau ada sedikit yang masih gagal atau tidak mampu disempurnakan.
Lalu kita mahu bertanya kepada PAS, apa gerangan hudud Kelantan walau kaum Hizbi berjaya memerintah lebih 20 tahun?
Dan sedarlah bahawa Saudi berjaya menolak desakan Barat dan kaum Kafir, dalam urusan negara. Demokrasi tidak dilaksana walau USA memdesak. HAM pula menuduh Saudi mengamal hukum barbarian: potong tangan.
Dan Humanisme mengatakan Saudi melakukan diskriminasi agama kerana enggan membenarkan gereja dan seumpama.
Kemudian lihatlah bagaimana Saudi masih terus menjalankan Jihad. Mereka berjihad dengan senjata, semacam memerangi Houti Syiah Rafidhah. Terbaru adalah Regim Asad yang Syiah Batiniyah.
Mereka juga berjihad dengan harta. Membekalkan dana kepada mujahidin Afghan. Begitu juga di Bosnia.
Lantas kita mahu bertanya kepada Ikhwanul Muslimin, Jamaah Islamiyah, Hizbut Tahrir dan segala hizbi yang lain:
"Apakah langkah kalian sesukses yang kaum Salafi kecapi? Padahal mazhab kalian didokong ramai orang sedangkan mazhab Salaf dihambat dimana-mana. Apa pula kemajuan yang telah kalian capai selama menjadi hizbi?"
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment