Silap Qadi Yusuf Di Melaka

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Ketika sebuah kitab aqidah berasaskan Ilmu Kalam dan sufi dibawa masuk ke Melaka dari Jeddah.

Maulana Abu Bakr membawa karya gurunya Syeikh Abu Ishaq As Syairazi - Duril Mazlum - melalui jalan laut. Sampai ke dermaga, kitab itu diarak ke istana dengan gajah kebesaran diraja lalu dihadapkan pada Sultan.

Maka Mufti Melaka - Qadi Yusuf - menolak untuk diajarkan pada umat. Bukan itu sahaja, beliau mengambil keputusan tegas dengan meletak jawatan, kerana tidak sanggup memenuhi perintah sultan.

Kenapa hal ini terjadi? Mengapa sikap Qadi Yusuf sangat ekstrim pada satu kitab yang disambut dengan penuh penghormatan?

Mungkin kita patut lihat kesan agama pada umat Islam Melaka, terutama terhadap keyakinan mereka.

Tun Bija Wangsa disuruh Sultan untuk ke Pasai dengan soalan "Apakah syurga dan neraka serta segala isinya akan kekal selamanya?"

Yang perlu kita perhatikan adalah jawaban benar yang Sultan Mansur Syah inginkan: "tidak kekal", yang berjaya dijawab oleh Makhdum Muda, hingga dia mendapat hadiah emas dan hamba.

Sultan Mansur Syah mengambil ilmu aqidahnya dari Duril Mazlum yang diajarkan oleh Maulana Abu Bakr di istana.

Sumber: Sulalatus Salatin




*Penambahan editor: Ini menunjukkan bahawa Melaka pada awal kedatangan Islam telah menerima ajaran akidah yang menyimpang. Hal ini kerana pada ketika itu akidah mereka mengatakan bahawa Syurga dan Neraka itu tidak kekal yang telahpun bercanggah dengan akidah ahli sunnah wal jamaah. Namun, hidayah Allah itu hadir dengan pelbagai kaedah sehinggalah adanya penegak-penegak sunnah pada hari ini. Semoga Allah mengapuni moyang-moyang kita atas perkara yang mereka tersilap dan tidak tahu. Wallahualam

___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments