Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat

OLEH: Freddie Aziz Jasbindar


Tanyalah kebanyakan orang Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini teruk ya amat! Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi dari dunia luar.


Gua pintu masuk tasik cermin



Gua pintu masuk tasik cermin

Tasik Cermin tersebut dikelilingi dan dilindungi oleh bukit-bukit yang tinggi. Terdapat gua sepanjang 50 meter yang dijadikan sebagai pintu masuk ke tasik cermin tersebut seumpama pintu masuk ke dunia yang lain. Bolehkah anda bayangkan perasaan gemuruh apabila berjalan dalam gua yang gelap dan ada cahaya dihadapan dan anda tahu yang anda bakal termui tasik yang cantik dan sangat berbeza dari sebelum pintu masuk gua tadi?



tasik cermin

tasik cermin

Setibanya anda di Tasik Cermin, anda boleh berehat di kawasan pelantar yang didirikan untuk pengunjung yang dahagakan ketenangan dari kesibukan bandar Ipoh. Dari situ anda boleh faham kenapa tasik tersebut dinamakan sebagai Tasik Cermin. Hal ini kerana bayangan yang ada di tasik tersebut memantul landskap sekeliling seolah-olah bertindak seperti cermin.



Peta tasik cermin

Lokasi Tasik Cermin ini terletak di dalam kawasan Gunung Rapat dan jika anda ingin lawatinya, anda boleh gunakan koordinat sebenar yang diberikan ini ( N4° 33.560′ E101° 07.210′ ) sebagai untuk disetkan kepada gps untuk google map untuk ke lokasi tersebut. Jika anda ke sana nanti, jagalah persekitaran supaya ianya terpelihara untuk orang lain melihat keindahannya juga.


___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Sahabat PENA

Comments