Konflik Program F35 Turki US

OLEH: Pen Merah


Pada kali ini, penulis akan mengulas mengenai isu pesawat canggih F35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin dan BAE System, program ini mula dibangunkan pada tahun 1992 dan mula dipasarkan sepenuhnya pada tahun 2018. Namun, pihak US telah menggangtung Turki dari membeli pesawat ini kerana Turki telah membeli sistem anti udara s400 dari Rusia dan telah sampai di Turki pada bulan lepas. Penghantaran pertama yang melibatkan hardware dan sistem radar telah sampai dan dijangka siap pada tahun depan.



SEBELUM S400
Turki pada awalnya menyatakan minat terhadap sistem pemintas udara Amerika Syarikat iaitu Patriot. Patriot adalah sistem pertahanan udara yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan telah diguna pakai di beberapa negara arab seperti Saudi Arabia, Qatar, Bahrain. Terdapat beberapa versi sistem Patriot seperti Pac 1, Pac 2 sehingga kepada Pac 4. Sistem ini telah dioperasikan pada tahun 1974 dan terbukti sebagai salah satu sistem pertahanan yang terbaik pada masa sekarang, pernah dioperasikan di Israel dan Arab Saudi, sistem Patriot pernah memintas beberapa buah misil yang dilancarkan dari Palestin semasa konflik Israel-Palestin dan konflik Arab Saudi-Yaman di mana Pengganas Houthi telah melancarkan misil ke arah Makkah dan Riyadh. Kesan daripada ini membuatkan Turki merasa wajar untuk membeli sistem Patriot dari US namun ditolak semasa di bawah pentadbiran Presiden Obama. Maka Turki terus mencari rakan bagi membekalkan sistem pertahanan udara bagi melindungi kedaulatan Turki dari ancaman terutamanya di selatan Turki. Kemudian pihak Rusia datang dengan menawarkan sistem s400 untuk dijual kepada Turki dan Turki bersetuju untuk membeli sistem s400 namun Turki berhasrat untuk membeli semula sistem Patriot sekiranya memenuhi kesemua kriteria yang dimahukan oleh kerajaan Turki.

PROGRAM F35
Program F35 telah dijalankan pada tahun 1992 bagi menghasilkan sebuah pesawat yang canggih dan kalis radar, maka Amerika Syarikat telah mengeluarkan kontrak dan tender kepada mana-mana syarikat yang mampu menghasilkan variasi projek pesawat canggih. Syarikat Lockheed Martin menawarkan pesawat ex35 ( sekarang dikenali f35 ) dan Boeing telah menawarkan pesawat X32, setelah dibida maka Lockheed Martin telah berjaya mendapat tender dan memutuskan untuk mencari beberapa buah negara untuk bekerjasama dalam menghasilkan pesawat F35 dan Turki diantara negara yang terlibat dalam program ini.

Secara jujur Turki telah menghabiskan beberapa juta lira dalam program ini namun telah dibuang kerana membeli sistem s400. Turki yang merupakan anggota negara Nato dikritik hebat kerana membeli sistem dari Rusia dan mampu memberikan ancaman kuat kepada sekutu Nato. Namun Turki berulang menjelaskan bahawa sistem s400 tidak akan dimasukkan ke dalam sistem pertahanan Nato dan sebagai hukuman maka Amerika telah membuang Turki dari program F35. Namun Turki masih berharap agar dapat meneruskan program ini dan mampu untuk mendapatkan pesawat F35 dalam perkhidmatan tentera udara Turki secepat mungkin.

Presiden Donald Trump menyalahkan pentadbiran dahulu kerana tidak mahu menjual sistem Patroit kepada Turki dan kini Turki telah membeli sistem s400 dari Rusia. Setiausaha pertahanan Amerika memberitahu Turki "you can't get both" kerana Turki tidak patut membeli F35 dan s400 kerana mampu memberi ancaman kepada sekutu Nato dan pembocoran maklumat F35 kepada pihak Rusia...

Penulis akan mengulas isu ini dengan lebih mendalam pada masa yang akan datang,

Rujukan.
1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Lockheed_Martin_F-35_Lightning_II
2. https://www.google.com.my/search?q=turkey+partner+in+f35+program&ie=UTF-8&oe=UTF-8&hl=en-my&client=safari
3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/MIM-104_Patriot
4. https://en.m.wikipedia.org/wiki/S-400_missile_system
5. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Boeing_X-32
6. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Lockheed_Martin_F-35_Lightning_II_development


___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments