Sejarah Bank Muamalat

OLEH: Syafiq Murat


Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah bank kedua yang menawarkan perbankan Islam di bawah "Akta Perbankan Islam 1983" di Malaysia, selepas Bank Islam.

Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dan merupakan gabungan aset dan liabiliti bahagian perbankan Islam daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan. Khazanah Nasional Berhad memegang 70% daripada saham syarikat, manakala 30% lagi dipegang oleh Commerce Asset-Holdings Berhad.

Pada pertengahan Ogos 2012, diketahui bahawa DRB Hicom memegang 70% saham di dalam bank manakala Khazanah Nasional Berhad memegang selebihnya dan Bank Affin dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk berbincang dengan pemilik bank ini mengenai penggabungan bank ini dengan Bank Affin.


Tahukah Anda?
* 70 peratus kepentingan ekuiti Bank Muamalat dipegang oleh DRB-HICOM Bhd, manakala bakinya 30% dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd.

* DRB-HICOM disyaratkan supaya mengurangkan pegangannya kepada 40 peratus sebagaimana ditetapkan Bank Negara Malaysia.

* Bank Muamalat masih dalam rundingan bank negara berhubung perkara itu selepas cadangan penggabungannya dengan Malaysia Building Society Bhd gagal dimuktamadkan.



Jom kenali Pemilik BANK MUAMALAT :



Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya [perlu rujukan] di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. 

Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.

Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.

BANK MUAMALAT INDONESIA tiada kaitan dengan BANK MUAMALAT MALAYSIA ya.. hehe masing2 ditubuhkan atas dasar perbankan Islam..


___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA

Comments