OLEH: Syafiq Murat
Dengan perkembangan yang pesat ini, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan bank masing-masing yang dikenali sebagai Bank Persatuan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan anggota-anggota. Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan tersebut bersetuju untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank). Dalam tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad menggantikan Bank Agong dan keahliannya dibuka untuk individu, selain daripada koperasi. Seterusnya, penubuhan anak-anak syarikat juga dibenarkan. Pada 6 Januari 1973, namanya ditukar menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.
Pada tahun 1994, Bank Rakyat menukar konsep perbankan komersial kepada perbankan Islam. Sehingga 31 Disember 2007, Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM34.9 bilion, yang mewakili kira-kira 70 peratus jumlah aset keseluruhan koperasi di negara ini.
Tahukah anda?
11 Oktober 1923 - 1 Badan kewangan yg bernama
"SYARIKAT KAMPONG BEKERJASAMA BAGAN TIANG JIMAT-CERMAT PINJAM-MEMINJAM DENGAN TANGGONGAN TIDAK BERHAD"
telah didaftarkan.. Ini lah bapa sebenarnya kepada BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD..
Unikkan nama company di atas? Hehe
1986 - Pelancaran Skim Simpanan Nuri oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menggalakkan budaya menyimpan dalam kalangan murid2 sekolah
BANK RAKYAT XCLUSIVE
- SimpananPelanggan Akaun Simpanan-i (Individu atau Bersama) minima RM300,000
KEBARA
- Nama asal ialahKelab Kebajikan & Rekreasi Bank Rakyat.
- Ditubuhkan pada 30 November 1976.
ARRAHNU
- 2006 : Ar-Rahnu X'change memasuki pasaran. Perniagaan francais pajak gadai Islam ini diuruskan oleh anak syarikat Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS).
Alhamdulillah berakhirlah sudah kupasan berkenaan BANK RAKYAT secara ringkasnya.
___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment