Dana Dato Seri Najib Dari Arab Saudi

OLEH: Abu Taqiyuddin





Dana Dari Arab Saudi.

1. Suatu ketika dahulu, Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah pernah membuat kenyataan kononnya, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menyatakan padanya bahawa, duit 2.6 bilion berkenaan tidak ada kena mengena dengan Arab Saudi.

2. Maka melompat-lompatlah penyokong PH menjerit keseronokkan.

3. Namun peliknya, kenyataan Saifuddin Abdullah itu dibuat oleh beliau sendiri tanpa ada sebarang hitam putih sama ada kenyataan media bersama mahupun rekod video / perbualan kedua menteri berkenaan berhubung isu ini.

4. Dan mantan PM yang difitnah secara zalim, Najib Razak konsisten mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini, bahawa beliau memang menerima wang dari Kerajaan Arab Saudi.

5. Hari ini...Mahkamah sudah menerima pengesahan dari SPRM bahawasanya memang wang berkenaan datang dari Arab Saudi. Malah secara spesifik Kementerian Kewangan Arab Saudi melalui Putera Faisal.

6. Bagi yang tak faham dengan cara Arab Saudi berpolitik ini, mereka mungkin merasa pelik. Begitu mudah sebuah negara memberikan wang kepada Perdana Menteri sebuah negara yang lain.

7. Namun kebanyakkan mereka yang mempersoalkan ini adalah dikalangan orang yang bodoh dan tidak memahami latar politik dan sistem kerajaan Arab Saudi. Arab Saudi ini merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja berkuasa mutlak. Dimana perkataan rajanya adalah undang-undang. Rajanya tidak memerlukan konsensus dari wakil rakyat ataupun majlis syura. Baginda sendiri boleh menetapkan apa sahaja undang-undang atau arahan, yang mana kesemua itu dijalankan oleh para menterinya yang dilantik sendiri oleh baginda Raja.

8. Dan dah nama pun kuasa mutlak, maka wang negara adalah wang yang mana beliau mempunyai akses penuh menggunakannya.

9. Jadi, dalam sebuah negara yang menjadi penyimpan terbesar minyak dunia, dan membuat duit berpuluh bilion setiap hari, apakah korang fikir setakat nak bagi 2.6 bilion ringgit Malaysia tu ada masalah bagi Arab Saudi?

10. Tu baru Malaysia. Aku tak cerita lagi pasal Yaman. Yang mana beratus juta dolar diberikan secara buta kepada puak-puak kabilah Arab Yaman, selain Bank Pusat Yaman hatta membayar gaji tentera Yaman. Tu semua pakai duit Arab Saudi.

11. Nak suruh aku sambung ke Sudan pulak? Arhhh...Tak kuasa aku.

12. Kesimpulan, Arab Tak Bodoh. Yang Bodoh ialah orang yang bercakap sesuatu perkara yang dia tak tahu.

___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA

Comments