OLEH: Zulfikar Egar
Penggunaan telefon pintar pada masa kini sudah pun begitu meluas penggunaannya hingga biasa dilihat di mana-mana.
Tidak kira orang dewasa mahupun remaja apatah lagi anak-anak di bangku sekolah rendah. Turut ada memilikinya.
Dulu, pondok telefon boleh didapati dengan mudah di banyak tempat lokasi tumpuan orang ramai. Namun ia sudah menjadi sejarah. Agak sukar pada masa kini untuk menemui pondok telefon awam lagi.
Bukan itu sahaja, kini telefon ini telah menggantikan kamera, kalender dan jam loceng dalam kehidupan kita.
Bahkan surat khabar juga begitu, di mana kita boleh melayari berita-berita online di dalamnya. Hingga berita baru lebih mudah didapati dengan cepat.
Tapi tahukah kita?
Sebelum penggunaan telefon pintar ini. Bentuknya mula-mula dulu bukanlah kecil seperti sekarang.
Telefon mudah alih atau orang panggil telefon bimbit gergasi ini mula digunakan dalam sekitar tahun 1988 di Malaysia. Orang kata, hanya orang 'ada-ada' sahaja yang boleh memilikinya pada masa itu.
Bercakap tentang telefon mudah alih inikan. Ada satu lawak jenaka yang pernah dilontarkan. Kononnya telefon mudah alih yang mula-mula bertapak di Malaysia suatu ketika dulu cukup besar hingga orang berjenaka;
"Kalau baling kat anjing, mati anjing tu."
Masakan tidak, telefon bimbit itu punyalah besar dan berat. Kalaulah digunakannya dan dipukul ke kepala orang lain, mahunya berpinar kepala. Silap-silap boleh pengsan dibuatnya.
Yelah, baterinya sahaja jauh lebih besar daripada telefon pintar yang ada sekarang.
Telefon bimbit ini boleh berdiri tegak tau. Kalau telefoh bimbit ini diletak di atas meja. Nampak seperti botol air panas.
Kata orang lama, andai si pemilik itu hendak membuat panggilan atau menerima panggilan melalui telefon bimbit itu, semua orang yang yang berada di sekitarnya akan menoleh ke arah si pemilik. (Fuh! Boleh eksen la katakan. Haha...)
Mungkin generasi muda hari ini tidak akan percaya berapakah harga sebuah telefon bimbit ini pada masa itu.
Dikatakan harga sebuah telefon bimbit pada ketika itu mencecah lebih daripada RM4,000. Boleh buat hantaran kahwin tu...
Berkenaan mengapa dulu dipanggil telefon bimbit?
Mungkin disebakan ia berasal daripada reka bentuk telefon tersebut yang besar dan perlu dijinjing atau dibimbit ketika membawanya.
Selain bentuknya yang besar perlu dibimbit untuk dibawa, telefon bimbit ini mempunyai aerial yang panjang. Hampir 6 inci (15 cm) panjangnya.
Dah la panjang, mudah patah pula tu. Nak dapat gantian baru, si pemilik telefon bimbit terpaksa mengeluarkan dalam RM200 dan kena menunggu seminggu.
Dah la kena tunggu seminggu, terpaksa pula pergi ke Sea Park di Petaling Jaya kerana di situlah satu-satunya ejen telefon bimbit itu di Malaysia.
Bayangkanlah macam mana kalau telefon bimbit itu hilang atau kena curi?
Mahunya si pemilik menangis-nangis masa buat 'report' kat balai polis. Yelah, sebiji telefon bimbit tu harganya lebih RM4,000. Bukan nilai RM4,000 zaman ni. Nilai RM4, 000 zaman tu. Tinggi woo....
Mahunya tak trauma kalau hilang. Haha...
___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment