OLEH: Abu Taqiyuddin
Arab Saudi Percaya Cakap U.S Bulat-Bulat?
2. Dan ALLAH sendiri memerintahkan agar orang beriman menyelidikki berita yang disampaikan oleh orang fasik.
Firman ALLAH Azza Wajalla
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
3. Dalam ayat berkenaan, ALLAH tidak mengatakan setiap berita yang disampaikan oleh orang fasik itu ditolak. Sebaliknya ALLAH memerintahkan untuk menyelidikki terlebih dahulu.
4. Jadi kalau yang fasik pun ALLAH suruh 'double check' maka apakah dalam bab berita yang disampaikan oleh orang kafir tidak boleh Intel Arab Saudi nak 'cross checking'?
5. Dan bila data yang diterima oleh intel Arab Saudi menyamai data yang diberikan oleh Intel U.S, barulah kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Pertahanan Arab Saudi membuat kenyataan rasmi.
6. Dan korang tahu atau tidak kesan daripada 'Kenyataan Rasmi Kerajaan' ini? Ianya bermakna secara rasminya Arab Saudi membuat kenyataan terbuka bahawa negaranya diancam oleh Iran dan sekaligus di sisi orang yang belajar disiplin ilmu pertahanan, ianya akan membentuk dasar luar Arab Saudi kepada Iran dan respon yang akan dikeluarkan oleh Arab Saudi kepada Iran pada masa hadapan (pengisytiharan perang misalnya - Semoga ALLAH menjauhinya).
5. Orang bodoh jer selalu pandang rendah tahap kemampuan pertahanan dan intelligent negara lain. Aku just nak bagi tau kat korang la, yang Arab Saudi punya intel ini boleh tahan hebat . Dalam satu kes pada November 2012 pasukan Intel Saudi berjaya menghalang dari berlakunya insiden letupan di Chicago apabila memaklumkan kepada pihak Intel U.S mengenai bungkusan yang dihantar dari Yaman, lengkap dengan nombor 'tracking'.
6. Nak pertahankan sebuah negara seluas 5 kali ganda wilayah Malaysia, bukanlah suatu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi di dalamnya terdapat 2 tanah suci umat Islam. Ingatlah, keamanan dan kemudahan korang untuk melaksanakan umrah dan Haji tidaklah datang bergolek. Ianya melibatkan jutaan malah bilion riyal Saudi untuk mengekalkan keamanan berkenaan.
___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment