OLEH: Abu Taqiyuddin
Oleh : David Livingstone
Transliterasi oleh : Jebat
Israel mencipta Hamas. Mungkin ada pihak yang bakal tersinggung dengan artikel ini. Tetapi kebenaran tetap perlu ditegakkan. Namun sebelum kita membongkar cerita utama ini, perlu diperjelaskan dan ditegaskan disini, Israel sememangnya tidak mahukan perdamaian. Dan siri peperangan adalah bukti yang cukup jelas membuktikan pendirian Israel dalam hal ini..
Namun dalam pada itu, Israel memperlihatkan 'lakonan' mereka untuk 'terus' berdamai dengan Palestin, sedangkan dalam masa yang sama terus memperluaskan penjajahan keatas Tanah Rakyat Palestin.
Pelbagai benda boleh dijadikan alasan di pihak Israel. Dan helah yang paling mudah adalah dengan sedikit simpati dan bantuan dari media ialah atas nama "memerangi keganasan"
Masyarakat dunia secara amnya naif dan gagal memahami isu sebenar yang berlaku di Palestin. Perlu diingatkan, setiap pemimpin mempunyai kaedah untuk mengambil jalan keluar yang mudah bagi mempertahankan tindakan ekstrim mereka. Antaranya dengan mewujudkan musuh-musuh palsu. Sebagai contoh dalam kes ini, Hamas, menjadi sasaran kepimpinan Israel, sebagai pihak yang sentiasa mengagalkan 'proses damai'.
LATAR BELAKANG
Sejarah membuktikan bahawa tindakan kuasa-kuasa Barat menaja penubuhan kumpulan-kumpulan militan Islam bukanlah satu perkara yang baru. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924, pihak British dan Amerika telah mengisi kekosongan 'kepimpinan Islam' dengan menyediakan 'pemimpin Islam' bersandarkan pemikiran dan ideologi mereka. Ini dapat dilihat dengan pembentukan dan penubuhan Ikhwanul Muslimin yang mendapat geran bantuan daripada British.
Di atas bantuan British, Ikhwan hari ini menjadi sebuah kumpulan radikal yang mempunyai pengaruh yang besar di dunia Islam. Dan mereka ini menjadi 'tulang belakang' dalam setiap gerakan pengganas yang menggunakan nama Islam.
Lebih tepat lagi, Ikhwanul Muslimin telah menjadi alat yang digunakan oleh perisikan barat bermula dengan Nazi, diikuti dengan CIA. Malah bukan itu sahaja, perisikan Russia, Perancis, German malah Israel juga turut menggunakan medium yang sama.
Ketika era pentadbiran Trauman dan Eisenhower, Ikhwanul Muslimin telah digunakan oleh barat sebagai alat untuk 'mengumpulkan' umat Islam yang naif dibawah 'panji-panji Islam'. Selepas era perang dunia, Ikhawanul Muslimin telah digunakan sebagai 'anjing gila' bagi menjaga kepentingan Barat di negara teluk dari ancaman Komunis.
Sejurus tamatnya era perang dingin antara Russia dan Amerika, yang menyaksikan runtuhnya kesatuan Soviet, Amerika menggunakan Ikhwanul Muslimin sebagai alat bagi mengembalikan penguasaan mereka di Timur Tengah dan Asia Tengah, yang mana bermula di Iraq dan Afghanistan.
ISRAEL DAN HAMAS
Israel mempunyai hubungan yang panjang dengan Ikhwanul Muslimin, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan sayapnya di Palestin yakni Hamas.
Menurut Robet Dreyfuss, penulis buku "Devil's Game : How the United States Helped Unleash Fundamentalist Islam" beliau menyatakan bahawa ;
"And beginning in 1967 through the late 1980s, Israel helped the Muslim Brotherhood establish itself in the occupied territories. It assisted Ahmed Yassin, the leader of the Brotherhood, in creating Hamas, betting that its Islamist character would weaken the PLO."
Apa yang boleh difahami disini ialah, sejak tahun 1967 lagi, Israel telah cuba melemahkan PLO (Palestine Liberation Organisation) yang dipimpin oleh Yasser Arafat dengan mewujudkan 'watak pejuang Islam' pada Hamas.
Menurut kenyataan bekas Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, Charles Freeman, beliau menyatakan Israellah yang 'mencipta' Hamas.
"Israel started Hamas. It was a project of Shin Bet [Isreali domestic intelligence agency], which had a feeling that they could use it to hem in the PLO."
Salah satu strategi mereka bagi menguji pengaruh Ikhwanul Muslimin di Palestin adalah dengan mewujudkan 'Village Leagues', dimana Syeikh Ahmad Yassin dan Ikhwanul Muslimin dilatih menguji sejauh mana pengaruh mereka. Israel telah melatih hampir 200 anggota yang menyertai 'Liga' tersebut, dan kebanyakkan rekrut dibayar atas setiap maklumat yang diberikan.
Wartawan New York Times, David Shipler, yang memetik kenyataan Gabenor Tentera Israel di Gaza bahawa Israel sememangnya menaja kumpulan militan bagi melawan pengaruh PLO :
"Politically speaking, Islamic fundamentalists were sometimes regarded as useful to Israel, because they had conflicts with the secular supporters of the PLO. Violence between the two groups erupted occasionally on West Bank university campuses. Israeli military governor of the Gaza Strip, Brigadier General Yitzhak Segev, once told me how he had financed the Islamic movement as a counterweight to the PLO and the Communists. 'The Israeli Government gave me a budget and the military government gives to the mosques,' he said."
Yang bermaksud secara politiknya, militan-militan Islam ini sebenarnya memberikan faedah kepada Israel. Ini bagi mengimbagi kekuatan PLO selain perpecahan yang berlaku diantara PLO dan HAMAS dapat menyelamatkan Israel dari menggunakan tentera mereka bagi menghapuskan umat Islam di Palestin. Malah Gabenor tentera Israel bagi Semenanjung Gaza, Brigadier Jeneral Yitzhak Segev, pernah menyatakan bagaimana dia telah membiayai pergerakan Islam sebagai pengimbang kepada PLO dan pihak Komunis.
Ketika era 1980an, kumpulan Ikhawnul Muslimin di Gaza dan Tebing Barat tidak menjalankan sebarang tentangan bagi menentang perluasan tanah oleh Israel, ekoran kebanyakkan fokus Ikhwanul Muslimin ketika itu adalah memerangi PLO terutama sekali sayap kiri mereka yang beroperasi di kampus-kampus Universiti.
Ketika meletusnya Intifada [Kebangkitan] Palestin pada tahun 1987, PLO telah menuduh HAMAS dan Yassin sebagai pihak yang bertindak "mengikut telunjuk pemimpin Arab... dalam pakatan Sulit dengan Israel.
Dalam satu wawancara dengan akhbar Itali, Yasser Arafat pernah menyatakan bahawa Hamas adalah ciptaan Israel. Dimana Perdana Menteri Israel ketika itu, Yitzhak Shamir, dilaporkan pernah memberikan 'bantuan kewangan' kepada Palestin bagi menampung perjalanan hampir operasi hampir 700 institusi di Palestin, antaranya sekolah, universiti dan masjid.
Yasser Arafat juga menegaskan, bekas Perdana Meteri Israel Yitzhak Rabin, pernah mengaku dihadapan Hosni Mubarak bahawa Israel menyokong perjuangan Hamas.
Seorang penganalisis berbangsa Arab Palestin Kristian, Ray Hannania menegaskan dalam artikelnya yang bertajuk "Sharon's Terror Child", yang diterbitkan dalam majalah Counterpunch, beliau menyatakan;
"Menggangu perjalanan proses damai adalah tugas utama Hamas. Dan mereka ini telah menjalankan hasrat dan cita-cita politik parti Likud. Setiap kali perunding Israel dan Palestin bersedia untuk mengambil satu langkah kehadapan dalam mencapai keamanan, Hamas akan bertindak merosakkannya."
Sara Roy menulis dalam artikel yang bertajuk "Hamas and the Transformation of Political Islam in Palestine" menyatakan;
"Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa Hamas menjadi sasaran. Sedangkan dalam masa yang sama Israel meneruskan strategi lama iaitu menggalakkan Hamas untuk terus bergeser dengan puak nasionalis Palestin sebagai satu cara 'memuktamadkan kematian Palestin', selain sebagai usaha untuk memadamkan semangat nasionalisme Palestin untuk selama-lamanya."
KESIMPULAN
Ikhwanul Muslimin dan pihak-pihak lain seperti Hamas, Al-Qaeda dan Osama bin Laden hanyalah berfungsi sebagai 'pengganas' yang diwujudkan oleh Israel bagi dijadikan alasan untuk mewajarkan tindakan regim zionis melakukan pembunuhan dan kemusnahan rumah-rumah penduduk Palestin.
Disebalik ritorik mengenai 'Politik Islam' yang diperjuangkan oleh Ikhwanul Muslimin, dibelakangnya adalah Amerika Syarikat yang masih terus memanipulasi perjalanan Ikhwanul Muslimin agar kumpulan berkenaan sentiasa mengikut polisi dan dasar luar yang telah ditetapkan oleh negara Uncle Sam berkenaan.
Rujukan
http://www.foreignaffairs.com/articles/61485/l-carl-brown/devils-game-how-the-united-states-helped-unleash-fundamentalist-
http://www.danielpipes.org/comments/198302
http://www.democracynow.org/2006/1/26/how_israel_and_the_united_states
http://www.counterpunch.org/2003/01/18/sharon-and-hamas/
http://www.oakton.edu/user/2/emann/his140class/CURRENTHISTORYreadings/IsraelPalestineAuthority/HamasTransformationofPoliticalIslam.pdf
http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t236/e0293
http://www.terrorism-illuminati.com/blog/israel-created-hamas-stall-peace#.U92k9fmSxv5
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140309/lu_02/Saudi-namakan-Ikhwan-pengganas
http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/saudi-senarai-ikhwanul-pengganas-1.258345
http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2014/03/07/Saudi-Arabia-declares-Muslim-Brotherhood-terrorist-group.html
http://www.bbc.com/news/world-middle-east-26487092
___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment