OLEH: Zulfikar Egar
Lebih dikesalkan, aksi provokasi di Majlis Istiadat Konvokesyen tersebut dirakam untuk ditularkan oleh rakan kepada pelajar tersebut sambil mereka bertepuk tangan tanda memberi sokongan.
Di manakah letaknya adab dan menghormati majlis pada diri graduan tersebut?
Sebelum ini beberapa tahun yang lalu. Seorang graduan didenda kerana mengambil swafoto ketika menerima skrol semasa Istiadat Konvikesyen di sebuah Universiti berlainan. Khabarnya sijilnya digantung.
Hanya kerana berswafoto lantas dihukum. Berbeza sekali dengan apa yang berlaku di sebuah universiti luar negara semasa majlis Istiadat Konvokesyen dijalankan.
Seorang graduan yang berswafoto ketika mengambil skrol, aksi bersahajanya itu disambut dengan gelak ketawa VVIP di atas pentas.
Dan yang paling menariknya, graduan tersebut merupakan rakyat Malaysia. Tiada hukuman dikenakan, mungkin ia dianggap sebagai saat atau detik manis bagi graduan tersebut pada hari bersejarah itu.
Ya, mungkin boleh dikatakan adab budaya negara ini dan di negara luar adalah berbeza. Tidak boleh disamakan. Mungkin ia adalah benar.
Tetapi melakukan provokosi dengan menjerit seperti yang tular baru-baru ini. Itu memang tidak boleh diterima dan sungguh biadab.
Jadi perbuatan tersebut wajar dihukum untuk diberi pengajaran. Agar anak muda itu mengerti apa itu adab dan sopan dalam menghormati majlis
Baik, mungkin ada yang akan berkata:
"Ala, aksi provokasi itu memang sudah biasa dilakukan oleh mahasiswa Universiti tersebut, sejak berzaman lagi. Cuma graduan yang lakukan itu bukan bangsa kita. Itu yang jadi isu."
Jika beginilah pemikiran dan pemahaman kita bahawa budaya rebel adalah sinonim dengan budaya mahasiswa.
Maka sungguh malang negara kita kerana mempunyai golongan anak muda yang berilmu tetapi tiada adab.
Perbuatan tidak menghormati majlis, membuat provokasi atau apa sahaja yang dianggap rebel adalah "biasa-biasa" bagi seseorang yang bergelar graduan atau mahasiswa.
Adakah Rukun Negara yang kelima iaitu 'Kesopanan Dan Kesusilaan' wajar ditalkinkan?
Maka fikir-fikirkanlah.
Wallahualam.
___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment