Kontradiksi Sejarah Kamera Dengan Tarikh Gambar Sheikh Muhammad Abdul Wahab

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Sejarah Penciptaan Fotografi : Pada 1822, Joseph Nicéphore Niépce membuat foto Heliografi yang pertama dengan objek Paus Pius VII, dan pada 1826 dia membuat foto pemandangan yang pertama.

Sejarah Hidup Muhammad Abdul Wahhab :Beliau lahir pada tahun 1703 dan wafat pada 22 Jun 1792.

Sejarah Hidup Major-General Sir Percy Zachariah Cox pula dicatitkan lahir pada 20 November 1864 dan mati pada 20 February 1937.

Sungguh kalian membuat cerita lawak dengan menggabungkan 3 zaman dalam sebuah 'ceritera'.

Lantas apakah dengan kedustaan, penipuan, fitnah dan kepalsuan, kalian berfikir akan menumpaskan Wahabi? Namun tatkala kalian melakukan pendustaan, ia adalah bukti bahawa mazhab dan agama kalian berdiri atas kebatilan! Sesungguhnya orang yang berada di atas haq tidak perlukan jalan keji, sebaliknya kebatilan memerlukan segala upaya bobrok untuk menegakkan pemikirannya.

___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
 Lajnah Sejarah Dan Tradisi 

Comments