LTTE, Ancaman Buat Malaysia?

OLEH: Pen Merah

LTTE, ANCAMAN BUAT MALAYSIA?
Pada kali ini, penulis akan merungkaikan siri mengenai LTTE semenjak berlakunya penangkapan beberapa ahli politik dari kerajaan yang terlibat dengan aktiviti LTTE, umum untuk diketahui bahawa sampai skarang ( artikel ini dipaparkan ) LTTE masih dianggap sebagai pengganas tidak kira di mata kerajaan Malaysia malah di seluruh dunia.

LTTE, SIAPA DAN APA TUJUAN UTAMA MEREKA?
LTTE atau lebih dikenali sebagai Liberation Tiger Tamil Elam adalah merupakan gerakan militan yang memperjuangkan hak dan bangsa Tamil. Bertempat di Sri Lanka, LTTE beroperasi di sekitar utara dan timur Sri Lanka. Ditubuhkan pada 5 May 1976, LTTE mula bergerak dari suatu pertubuhan yang kecil hingga kepada gerakan militan yang bertebaran di seluruh dunia. LTTE adalah salah satu gerakan militan yang terawal di Asia yang mempunyai kerajaan yang tersendiri seperti pejabat kerajaan, balai polis, makhamah dan sebagainya. Diketuai oleh Velluphikai Prabakharan, dia telah mengetuai gerakan LTTE dan dia lah juga yang bertanggungjawab terhadap segala operasi yang dilakukan oleh LTTE.

Militan LTTE merupakan salah satu gerakan yang paling digeruni kerana bukan sahaja mempunyai bilangan keangotaan yang besar malah turut mempunyai kumpulan bunuh diri yang digelar Black Tiger. sepanjang penubuhan LTTE, Black Tiger telah melaksanakan lebih 800 operasi dan telah mengorbankan hampir ribuan nyawa penduduk Sri Lanka termasuklah komuniti Muslim di Sri Lanka itu sendiri. LTTE berpegang kepada Ideologi sekularisma dan menolak sistem kasta dan hak kesamarataan terhadap golongan wanita.

PENGAKHIRAN LTTE
LTTE secara rasmi telah menyerah diri pada 18 May 2009 namun kekalah mereka adalah disebabkan rundingan yang tidak mencapai kata sepakat dan tindakan mereka yang menutup empangan air Mavil Oya yang menjejaskan ribuan penduduk di kawasan yang dikawal oleh tentera Sri Lanka. Oleh sebab itu, tentera Sri Lanka melaksanakan perang berskala besar besaran hingga mengakibatkan pemimpin utama LTTE terkorban dan penyerahan secara beramai-ramai kepada kerajaan

LTTE merupakan ancaman kepada kerajaan Malaysia kerana LTTE secara jelas memperjuangkan hak satu bangsa dan tidak menerima mana-mana bangsa lain malah turut mendiskriminasikan orang Islam itu sendiri. Ideologi sekularisma dan kesamarataan mereka tidak sesuai untuk masyarkat di Malaysia kerana dasar perlembagaan itu sendiri menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. LTTE hanyalah bayangan PKM semata-mata kerana mereka sudah tiada lagi kekuatan namun mereka masih berusaha meskipun terpaksa berkomplot dengan ahli politik bagi memastikan aktiviti mereka terus hidup walaupun pada dasarnya mereka sudah kalah...


___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments