Bila Malaysia Diperkuda Negara Lain

OLEH: Abu Taqiyuddin



1. Qatar : Qatar nak kritik Amerika Syarikat secara langsung, tak berani punya, sebab Amerika Syarikat yang secure Qatar punya keselamatan ekoran US as a power projektor di wilayah berkenaan. Selain itu kehadiran tentera US yang berpengkalan di Qatar juga boleh menyelamatkan politik Tamim bin Hamad Al Thani dari ditekan oleh negara jirannya yang lain seperti UAE, Arab Saudi, dan Bahrain.

Jadi dengan menggunakan Mahathir untuk berucap di Forum Doha, maka jika jadi apa-apa tindak balas oleh U.S, kesannya pada Malaysia. Bukan pada Qatar. Sebab Qatar boleh jer cakap dia hanya tuan rumah, dan pemerintah dia pun tak cakap apa2.

2. Iran : Umum mengetahui negara Syiah Imam 12 ini memang sentiasa mempunyai masalah dengan semua negara jirannya. Dan terkini dengan Iraq. Yang menyaksikan Syiah Iraq semakin berang dengan tindakan Tehran yang masuk campur dalam urusan dalaman negara berkenaan. Iran memerlukan rakan strategik yang baharu.

Dan Malaysia tatkala era pemerintahan Najib Razak, walaupun kita tidak pernah membatalkan hubungan diplomasi dengan negara berkenaan, namun kita pernah meminta Iran untuk tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara-negara di lain. (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=gmfmxzxZdaw)

Dan dibawah kepimpinan baharu, yang mesra Syiah (malah kita ada Menteri dan Ketua Menteri yang berfahaman Syiah) Iran melihat ini jalan terbaik untuk menyebarkan fahaman dan pengaruhnya ke negara ini.

3. Turki : Erdogan pada era ini memang cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang pejuang Islam di kacamata dunia, sebagai salah satu strategi "mengalihkan" masalah dalaman yang terjadi dalam negaranya. Walaupun ramai yang barangkali terlepas pandangan mengenai ekonomi Turki yang sedang jatuh merudum (Sumber : https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/10/turkey-heading-for-economic-collapse-asset-manager-ashmore-says) .

Dan dengan cara menjadi "Jaguh Dunia Islam" dan "Sandiwara Anti Israel" sedikit sebanyak dapat melupakan rakyat Turki mengenai perkara fundemental yang dihadapi oleh negara berkenaan.

Malah di saat orang ramai barangkali menganggap Erdogan adalah anti Israel, ketahuilah sehingga hari ini, pejabat Kedutaan dan Konsulat  Israel masih wujud dan beroperasi seperti biasa di Ankara dan Istanbul.

Malah tentera Israel dan Turkey telah beberapa kali menjalankan latihan ketenteraan bersama. (Rujuk : https://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/research_reports/RR2400/RR2445/RAND_RR2445.pdf)

Lebih mengharukan, Turki sehingga hari ini merupakan sekutu rapat US (selain bersama blok NATO) dan mempunyai pengkalan US di negara berkenaan.

Dan kehadiran Erdogan ke Malaysia tidak membawa sebarang apa-apa kelebihan ekonomi melainkan membantu populariti Erdogan di luar negara yang akan terpantul semula ke dalam negaranya.

4. Dan dasar luar Malaysia yang dirangka oleh kelompok FPE di PMO dan Wisma Putra kini kelihatan membawa Malaysia ke arah Pariah States. Dimana kita membiarkan diri dipergunakan untuk kepentingan negara lain.

5. Apakah rakyat Malaysia hari ini bersedia berhadapan dengan sekatan ekonomi dan pemulauan oleh komuniti dunia ekoran sikap kebudak-budakkan misalnya Menteri Luar Negeri dan kebodohan kenyataan dari Menteri Pertahanan? Kita tunggu dan lihat.


___________________________
 Abu Taqiyuddin
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA

Comments