Sejarah Ringkas Bayaran Sewa Kepada Sultan Sulu (Beserta Lampiran Dokumen)

OLEH: Saufy Jauhary

Tahun 1878 - Sultan Sulu membuat perjanjian dengan Baron Gustavus Von Overbeck untuk memajakkan Sabah dengan bayaran $5,000 setahun. Perjanjian menyatakan sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan.

Baron Gustavus Von Overbeck ( berbangsa Austria) serahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent (Jutawan British) untuk diuruskan – bermulalah pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

Tahun 1888 - Satu Perjanjian ditandatangani antara Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei dengan Kerajaan Mahkota British – untuk menjadikan ketiga-tiga negara ini sebagai negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British.

15 Julai 1946 – Sabah secara rasminya diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.

31 Ogos 1963 – Sabah merdeka dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura, tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan.

Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) bagi mematuhi Perjanjian 1878.

Imej dokumen diambil dari internet




___________________________
 Saufy Jauhary
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA

Comments