Soalan Ahmad Khatib : Pakar Matematik Minangkabau

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Ahmad Khatib al-Minangkabawi - seorang cendiakawan Melayu yang menetap di Makkah, pakar matematik yang mendahului sarjana Barat pada zamannya - memberikan teka teki dalam bukunya Raudath Al Hussab:

(1) Satu kolam memiliki 4 batang pili.

- Pili pertama boleh memenuhkan kolam tersebut dalam 1 hari
- Pili kedua memenuhinya dalam masa 2 hari
- Pili ketiga memenuhinya dalam masa 3 hari
- Pili keempat memenuhinya dalam masa 4 hari

Berapa lamakah kolam tersebut akan dipenuhi jika kesemua pili dibuka?

(2) Satu pancang sepertiga (1/3) berada dalam tanah, seperempat (1/4) berada dalam air. Dan yang terkeluar dari permukaan air ialah 3 jengkal. Berapa jengkalkah panjangnya?

Jawapan:

(1) 2/5 dan 2/5 daripada seperlima (1/5) hari daripada 1/5 hari, iaitu 2/5 + 2./5. 1/5, atau 14/25 hari

(2) 7 jengkal dan 1/5 jengkal

[Unsur Matematik Malayonesia dalam Bahasa Melayu Akhir Kurun Ke-18 Masihi hingga Awal Kurun Ke-20 Masihi, Shahrir Mohamad Zain & Mat Rofa Ismail]

___________________________
 Abu Amru Radzi Othman
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA

Comments