Suara Sultan-Sultan Melayu Dalam Isu Jawi

OLEH: Taufiq Tuah


SULTAN TERENGGANU: JAWI
“Beta merasa khuatir dengan tindakan golongan tertentu yang cuba menghalang dan menganggu pelaksanaan tulisan Jawi daripada diamalkan masyarakat Islam,”

- Al Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1441H di Stadium Negeri 1 September 2019

PAHANG: JAWI
“Hasrat saya mahu tulisan jawi diperkasa, dibudayakan dan tidak mahu ia hilang begitu sahaja. Tidak salah kalau ia dipamerkan di bangunan, jalan kerana ia menunjukkan identiti kita dan seharusnya kita rasa bangga...

....Tulisan jawi juga perlu terus diajar di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat universiti termasuk pertandingan menukis tulisan jawi misalnya akan meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar terhadap tulisan itu"

- KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, 13 November 2018 (Kini YDPA Malaysia)

PERAK ISU JAWI
"Amat menghibakan apabila huruf dan tulisan Jawi menghadapi nasib malang, terkubur tanpa nesan..."

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bertitah pada majlis perasmian Anugerah Bisnes Utusan (UBA) 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 1 March 2016


Selangor Tegas Isu Jawi

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja – Bahasa Melayu.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

___________________________
 Taufiq Tuah
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA

Comments