OLEH: Shahrin Debu
Manakala tentera Paksi terutamanya Jerman, Itali dan Jepun pula sering digambarkan sebagai musuh yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.
Apa yang sebenarnya berlaku semasa Perang Dunia Kedua adalah sebaliknya. Fakta sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh media-media Barat.
Terdapat beberapa insiden yang membabitkan Pakatan Berikat membunuh tahanan perang yang kebanyakannya melibatkan tentera-tentera Jerman. Kejadian tersebut tidak didedahkan secara meluas seperti pembunuhan tentera Berikat oleh tentera Pakatan Paksi.
Setiap pembunuhan tahanan perang adalah menyalahi kata sepakat di Persidangan Geneva yang diadakan pada kali pertama di Geneva pada tahun 1929.
Menurut Artikel 13 sehingga 16, tahanan wajib dilayan sebaik mungkin dan keperluan ubat-ubatan mesti disediakan.
1. PEMBUNUHAN DACHAU
Kem tahanan Dachau, Jerman telah diserbu oleh tentera Amerika Syarikat pada 29 April 1945.
Pembunuhan tersebut melibatkan 520 orang tentera Jerman termasuk pengawal-pengawal kem tahanan dan tentera bantuan daripada '5th SS Panzer Viking Division' yang mana telah dihantar untuk meningkatkan kekuatan kem tahanan tersebut bagi menggantikan tentera-tentera kem tahanan Dachau yang cedera dan meninggal dunia.
Dalam peristiwa itu, tentera-tentera Jerman telah dibariskan berhadapan dengan dinding kem tahanan dan ditembak oleh sedozen tentera Amerika Syarikat.
Ada sumber menyatakan, terdapat beberapa orang tentera Jerman yang mati dalam kejadian di Dachau kehilangan kaki dan tangan akibat ditembak bertalu-talu dengan menggunakan mesingan oleh tentera Amerika Syarikat.
2. PEMBUNUHAN BISCARI DI ITALI
Tentera US dari Batalion Infantri ke-45 telah membunuh seramai 73 tahanan perang (71 orang tentera Itali, 2 orang tentera Jerman) pada 14 Julai 1943.
3. PEMBUNUHAN SEMASA "OPERASI TEARDROP"
Pada tahun 1945, tentera Amerika Syarikat dengan rakusnya menyeksa dan seterusnya membunuh 8 orang krew kapal selam U-546 semasa operasi tersebut.
Philip K. Lundeberg, seorang ahli sejarah Perang Dunia Kedua berkata, tentera Amerika Syarikat bertindak ganas sedemikian rupa kerana mereka percaya krew-krew U-546 telah menembak dan memusnahkan banyak kapal selam dan kapal perang milik Amerika Syarikat.
4. PEMBUNUHAN CHENOGNE
Akibat kemarahan yang masih belum reda kerana pembunuhan tentera Amerika Syarikat oleh tentera Waffen SS (tentera Jerman) semasa Pembunuhan Malmedy, beberapa tentera Jerman yang ditangkap sebagai tahanan perang telah dibunuh di sebuah desa di Belgium iaitu Chenogne. Pembunuhan itu berlaku pada 1 Januari 1945.
Arahan pembunuhan tersebut telah dikeluarkan oleh '328th US Army Regiment' pada 21 Disember 1944 dengan mengeluarkan arahan seperti berikut,
"No SS troops or paratroopers will be taken prisoners but will be shot on sight."
Namun tentera yang terkorban bukan anggota Waffen SS, tetapi dari kalangan anggota 'Führerbegleitbrigade' dan '3rd Panzergrenadier Division'.
Major-General Raymond Hufft yang mengarahkan pembunuhan tersebut mengaku bahawa sekiranya tentera Jerman menang ketika Perang Dunia Kedua, namanya pasti akan muncul di antara barisan pertama yang digantung semasa Nuremberg Trial.
5. PEMBUNUHAN DI AUDOUVILLE-LA-HUBERT
Seramai 30 tentera '709 Infantry Division' telah ditembak di perkampungan Perancis, Audouville-la-Hubert.
Tiga puluh orang tentera Jerman tersebut telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Para (Paratrooper) Amerika Syarikat pada tahun 1944.
Sebenarnya, banyak lagi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua.
Tidak cukup dengan pembunuhan, berlaku juga kejadian rogol dan bunuh oleh tentera Berikat terutamanya melibatkan tentera Rusia dan Perancis di Jerman.
Kejadian-kejadian tidak bermoral ini menggambarkan tahap keperimanusiaan sebenar tentera Amerika Syarikat dan pakatan Berikat semasa kempen Perang Dunia Kedua.
Oleh sebab itu, jika terdapat akhbar, majalah dan dokumentari daripada Barat yang mengatakan semua tentera Amerika Syarikat dan British adalah tentera yang berhemah dan berperikemanusian, ia adalah KARUT!!
Sumber:
1. Buechner, Howard (Jun 1986). "Dachau: The Hour of the Avenger: An Eyewitness Account".
2. Weingartner, James (November 1989). “Massacre at Biscari: Patton and an American War Crime”.
3. Blair, Clay (1998). "Hitler's U-Boat War. The Hunters, 1942–1945".
4. Gallagher, Richard (1 Januari 1964). "The Malmedy Massacre".
5. Schrijvers, Peter (4 November 2014). "Those Who Hold Bastogne: The True Story of the Soldiers and Civilians Who Fought in the Biggest Battle of the Bulge".
6. Wiegrefe, Klaus (4 Mei 2010). "The Horror of D-Day: A New Openness to Discussing Allied War Crimes in WWII".
7. takusahrisau.wordpress
___________________________
Shahrin Debu
Belalang Post - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment