Apa Jadi dengan Elaun Sultan Johor?

OLEH: Saufy Jauhary


“Saya memilih untuk bersikap jujur, Malaysia negara yang mengamalkan raja berperlembagaan. Saya terpaksa menyara hidup seperti orang lain.

“Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan saya.

“Saya mesti mencari nafkah, seperti mana rakyat biasa.”

(Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj)

FAKTA:-
Sultan Ibrahim yang memiliki kekayaan bernilai antara AS$1.4 bilion dan AS$1.6 bilion, aktif melibatkan diri dalam pelbagai pelaburan perniagaanya termasuk loji tenaga di Malaysia. Baginda juga menjadi pemegang saham terbesar dalam firma telekomunikasi Malaysia, Redtone. Sikap baginda yang suka berniaga dan tidak mengharapkan elaun kerajaan ini diwarisi dari sikap moyang baginda iaitu Temenggung Daeng Ibrahim (1810 - 1862).


___________________________
 Saufy Jauhary

Comments