Bahasa Melayu, Bahasa Ilmu (Bahasa Melayu di dalam Sains dan Kejuruteraan)

OLEH: Taufiq Tuah

Kita melihat, banyak cabang ilmu yang ada di dalam Malaysia ini. Mungkin ramai antara Melayu sendiri merasakan bahawa Bahasa Melayu tidak sesuai dengan sebahagian ilmu. Mereka gusar kerana kebanyakan istilah di dalam bidang ilmu ini hanya ada di dalam Bahasa Inggeris.

Sebenarnya pandangan ini memang salah sama sekali. Kebanyakan istilah di dalam bidang ilmu sebenarnya memang telah tersedia di dalam Bahasa Melayu. Hanya sedikit sahaja yang belum ada. Jika pun belum ada, tidak salah untuk kita mengadakannya dan tidak salah juga untuk kita pinjam bahasa mereka. Namun tetaplah jua kita berpegang bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa yang layak dijadikan bahasa ilmu terutamanya di dalam Nusantara ini.

Bangsa Melayu sangat maju peradabannya, tidak lah mustahil kaya bahasanya dengan istilah-istilah kejuruteraan. Bagaimana kita bisa membuat kapal² lama menawan samudera dengan binaan rumah tanpa paku tanpa gam. Kita juga yang cipta kereta kuda dan bajak lembu agar bisa menuai padi membikin beras.

Kita maju di zaman silam, maju juga di zaman ini. Masih wujud Bahasa Melayu sebagai bahasa kejuruteraan. Sebagaimana gambar di bawah akan dilampirkan ini. Tanpa mengira zaman dan teknologi, tidaklah lapuk Bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu, Bahasa Ilmu"

Bahagian-bahagian kapal terbang (Aircraft Parts).

Lakaran mudah sistem pemanas (Boiler System)

Ringkasan gambar rajah sistem penghawa dingin (Air Conditioner)

Gambar rajah sistem Jentera @ Enjin (Engine)

Sistem Tanki Air (Water Tank)

Ringkasan gambar rajah Elektronik

Istilah-istilah bidang komputer (computer)

Bahagian-bahagian organ di dalam mata. (Eye organ parts)

Sistem organ tubuh manusia (Human body organs)

Planet-planet

Ruangan angkasa (out of space)

Jenis-jenis sinaran (types of rays)

Peralatan mekanikal. Tools

Bahasa Melayu, Bahasa Ilmu

___________________________
Taufiq Tuah

Comments