OLEH: Taufiq Tuah
1. Tasik Takungan Air Bukit Freaser
Pada mulanya tasik ini adalah takungan air yang membekalkan air untuk Bukit Fraser, dinamakan Allan's Water menurut nama seorang jurutera terawal yang ditugaskan bekerja di Bukit Fraser. Beliau juga terlibat dalam projek padang golf dan mencadangkan kawasan tersebut dijadikan tasik untuk riadah.
2. Istana Sri Pahang
Banglo Sri Pahang pada masa ini merupakan istana hinggap DYMM Sultan Pahang dan menurut Sir George Maxwell dalam buku catatannya, ia adalah tapak asal banglo kediaman James Louis Fraser. Kawasan ini pada asalnya adalah sebahagian daripada pajakan perlombongan dikeluarkan pada tahun 1901 atas nama Mr Khu Lian Khee yang kemudiannya dipindahkan kepada Sempam Mining Co. dan akhirnya diperolehi oleh kerajaan negeri.
Dahulu
Kini
3. Balai Polis Bukit Freaser
Balai Polis Bukit Fraser didirikan pada tahun 1917, pada awalnya terletak di kawasan lain iaitu di taman permainan kanak-kanak. Bangunan balai yang sedia ada sekarang selesai dibina pada tahun 1919, ianya antara yang tertua di Bukit Fraser, dan berfungsi mengawal laluan masuk dan keluar dari Bukit Fraser. Ini perlu disebabkan Bukit Fraser telah mula dibangunkan oleh kerajaan British pada masa itu sebagai pusat peranginan bagi pegawai-pegawai British. Dua orang anggota ditempatkan di balai tersebut, tertakluk di bawah pentadbiran Balai Polis Raub. Pada tahun 1945, selepas tamat penaklukan Jepun, enam (6) orang ditugaskan di Bukit Fraser iaitu tiga (3) orang konstabel dan tiga (3) orang askar Gurkha.
Dahulu
Kini
4. Pejabat Pos Bukit Freaser
Pejabat Pos ini adalah antara bangunan yang terawal di Bukit Fraser. Ianya selesai dibina dan dibuka pada 1919, dua tahun sebelum tamat pembinaan jalan besar. Bahan pembinaan bangunan ini dibawa dari tanah rendah dengan menggunakan keldai dan tenaga buruh.
Dahulu
Kini
___________________________
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment