OLEH: Shahrin Debu
Pada tahun 1989, setelah pemerintahan Marxisme - Leninisme serta komunisme berakhir di seluruh wilayah Eropah, rakyat Czechoslovakia secara damai menggulingkan kerajaan mereka dalam Revolusi Velvet.
Pada 1 Januari 1993, Czechoslovakia berpecah menjadi dua negara iaitu Republik Czech dan Slovakia.
Revolusi Velvet (Baldu) atau Revolusi Tenang adalah peralihan kuasa tanpa kekerasan yang berlangsung dari 17 November hingga 29 Disember 1989 di Czechoslovakia.
Demonstrasi besar-besaran menentang pemerintahan Parti Komunis Czechoslovakia itu telah menyatukan mahasiswa dan pembangkang.
Jika menyelusuri latar belakang peristiwa Revolusi Velvet, kita akan dapati wujudnya perbezaan di antara kaum Czech dan kaum Slovakia.
Kehidupan kaum Czech dipengaruhi corak peradaban Austria-Jerman, manakala kaum Slovakia pula dipengaruhi daripada peradaban bangsa Magyar/Hungary.
Dalam perbezaan agama pula, kaum Czech menganut Kristian Protestan dan kaum Slovakia menganut Kristian Katolik.
Revolusi Velvet mendapat pujian daripada PBB kerana ia membuktikan pemisahan suatu negara boleh dilakukan secara aman dan boleh dicontohi.
___________________________
Shahrin Debu
Belalang Post - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment