OLEH: Taufiq Tuah
Terima Kasih Tuanku
Senyumnya tuanku mengurangkan kerisauan rakyat. Dikala rakyat semuanya khuatir dan bimbang. Tuanku dengan bersahaja memujuk kami dan tersenyum. Membuatkan kami lega seketika. Jika tuanku yang lebih berat menanggung juga bisa tersenyum, pastilah kami patut lebih tersenyum.
"Kita semua mengambil berat. Sabar, ya saya tahu. Harap bersabar." - YDPA
Terima Kasih Anggota Keselamatan
Mereka yang sejak 23.02.20 telah bersiap siaga untuk segala kemungkinan. Bersedia untuk situasi yang sukar terutamanya di ibu negara. Memastikan keselamatan orang awam.
Terima Kasih Rakyat Malaysia
Walaupun ada beberapa seruan untuk melakukan huru-hara di Kuala Lumpur, namun seruan itu tidak mendapat sambutan. Rakyat Malaysia mulai matang dan tidak lagi mengutamakan demostrasi yang hanya akan menyusahkan lagi keadaan di dalam negara.
MEMATAHKAN KRITIKAN ANTARABANGSA
Akhir-akhir ini dunia antarabangsa giat mengkritik Malaysia kononnya Malaysia gagal mengekalkan pelancaran politik. Hakikatnya mereka salah. Jika hal yang sama (kegawatan politik)0 berlaku di negara luar, pastilah akan berlaku demostrasi besar-besaran malah juga mungkin perang saudara. Namun syukur Malaysia masih aman. Rakyat matang dan bersabar menunggu keputusan. Tidak ada pertumpahan darah berlaku kerana kegawatan ini. Tahniah Malaysia.
___________________________
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment