Prof. Emeritus Dato' Dr Noramly Muslim: Pembangun TRIGA Mark II di Malaysia

OLEH: Taufiq Tuah

Dilahirkan pada 13 April 1941 di Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Melaka, Sekolah Menengah Rendah Melaka dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. - Beliau menamatkan pelajaran di Universiti Australia Barat dengan kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains dan Doktor Falsafah dalam bidang Kimia. Memulakan keriya sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Prof. Emeritus Dato' Dr Noramly Muslim

Pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Kimia di UKM sebelum menjadi Dekan Fakulti Sains pada tahun 1974 . Semasa berusia 37 tahun, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor dalam bidang kimia . Pada tahun 1977, kerajaan Malaysia telah melantik beliau sebagai Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI) dan setahun kemudian beliau
lantik sebagai Ketua Pengarah . Pada tahun 1978, beliau menjadi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) UKM dan beliau dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertahanan Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 1985 Kepimpinan dan kepakaran beliau dalam bidang sains dan teknologi dipandang tinggi oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan mereka telah melantik beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Kerjasama Teknikal pada tahun 1990 . Dari tahun 1992 sehingga 1994, beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Syarikat Perdagangan Antarabangsa Norglen di Tunisia orang beliau merupakan penasihat Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi memmbantu memperkenalkan modul kejuruteraan nuklear dalam sukatan pelajaran universiti.

Beliau memberikan sumbangan yang besar semasa berkhidmat di PUSPATI terutamanya semasa proses pemindahan tapak baru PUSPATI dan pembangunan TRIGA Mark Il yang telah mengangkat nama Nuklear Malaysia di matasyarakat dunia.

Pada 2003 beliau anugerahkan sebagai Tokoh Sains dan Teknologi di Kongres Teng Kebangsaan serta anugerah Mulia Seri Melayu Melaka

TRIGA adalah sebuah reaktor nuklir kelas kecil yang direka dan dibuat oleh General Atomics dari Amerika Serikat. Nama TRIGA sendiri adalah kependekan dari "Training, Research, Isotopes, General Atomics"
___________________________
Taufiq Tuah

Comments