Terengganu Bakal Melarang Wanita Menari dan Menyanyi Di Khalayak Awam Adalah MEMBUNUH ADAT?

OLEH: Taufiq Tuah

Berita tentang rancangan Terengganu untuk melarang wanita menari dan menyanyi dikhalayak ramai ini telah dilaporkan melalui link https://www.msn.com/…/190220-garis-panduan-tere…/vp-BB1098l5. Keputusan ini juga diumumkan oleh Exco Pelancongan, Budaya, dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman.

Persoalan besar orang awam ialah adakah ini bakal membunuh adat Melayu? Jawapan saya secara peribadi ialah benar ia akan membunuh adat. Namun sedar atau tidak sedar, membunuh adat wanita menyanyi di khalayak awam ini ialah sangat mulia di sisi Islam. Betapa ia membuktikan orang Melayu lebih mengutamakan syariat Islam berbanding seni Melayu. Apabila sesuatu adat itu telah melanggar tuntuan syarak, maka membunuh adat yang berkaitan itu lebih mulia.

Maka beruntunglah mereka yang berhenti melenggang perut, bermndi Syawal, berkuda kepang dan bertari makyong dengan penuh pemujaan. Sesungguhnya mereka meletakkan agama dan syariat di hadapan dan itulah yang sepatutnya semua Muslim lakukan.

Kini, Terengganu Darul Iman dengan penuh bertanggungjawabnya merancang untuk melarang wanita untuk menyanyi dan menari di khalayak awam. Tanpa mengendahkan apa kata kotor yang orang awam bakal campakkan, Terengganu setapak kehadapan dalam mengangkat syariat Islam. Membunuh adat yang merosakkan syariat Allah dan seterusnya dalam usaha melatakkan hukum Allah di tempat yang tinggi.

DI MANA SALAHNYA WANITA MENYANYI DI KHALAYAK AWAM?
Dalilnya ialah

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا
“Wahai isteri-isteri Nabi, kalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kalian bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,”
 [Surah Al-Ahzab: 32]

Imam Ibn Kathir menerangkan ayat di atas sebagai adab-adab. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan adab-adab tersebut kepada isteri-isteri Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Dan perempuan-perempuan Islam pastilah mencontohi isteri-isteri Nabi di dalam adab-adab ini. Maksudnya adab-adab ini juga perlu dilaksanakan oleh perempuan-perempuan Muslimah selain isteri-isteri Nabi.

Maksud "tunduk di dalam berbicara" adalah melemah-lembutkan pembicaraan jika berbicara dengan lelaki. Maka berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, iaitu penyakit syahwat.

Imam Ibn Kathir menambah bahawa perempuan ketika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, maka jangan sampai didalamnya ada 'tarkhim'. Tarkhim adalah suara yang mana seorang wanita berbicara dengan penuh kelembutan, penuh dengan kemanjaan, dengan kasih sayang. Suara ini sepatutnya hanya dilontarkan untuk suami mereka.

Memanjakan dan melunakkan suara wanita sahaja telah dilarang oleh Allah, apatah lagi jika mereka memerdukan dan melenggokkan suara mereka kerana itu lah apa yang para penyanyi wanita akan lakukan. Pastilah hukumnya lebih berat lagi. (Belum dibincangkan lagi hukum muzik yang ijma' 4 mazhab ahli sunnah telah mengharamkannya).

Sedangkan Islam dengan tegas menepis apa sahaja kaedah agar wanita tidak mengeluarkan suara mereka di khalayak awam. Samada ketika solat berjemaah, wanita tidak perlu menguatkan suara seperti lelaki. Malah tidak boleh perempuan menjadi imam dihadapan lelaki. Tidak juga disyariatkan wanita untuk melaungkan azan. Syariat ini telah menutup jalan agar wanita tidak melaungkan suara mereka dikhakayak awam.

DI MANA SALAHNYA WANITA MENARI DI KHALAYAK AWAM?
Hukum menari secara umumnya ada perbezaan pandangan. Ada yang memakhrukhkan dan ada yang mengharuskan. Namun apabila menari ini melibatkan wanita di khalayak awam, maka hukumnya secara jelas ialah haram. Saya kira para pembaca juga pastilah dapat kaitkan logiknya pengharaman ini sedangkan Islam mengajarkan wanita menjaga harga diri mereka. Apatah lagi Surah An-Nur ayat 30-31 memerintahkan para lelaki untuk menjaga pandangan mereka. Bagaimana lelaki ingin menjaga pandangan jika wanita lah yang dengan sengaja memperagakan lenggok tubuh mereka sebagai tatapan mata-mata lelaki awam.

KESIMPULAN
Maka saya bersetuju dengan rancangan kerajaan Terengganu untuk melarang perempuan menyanyi dan menari di khalayak awam. Semoga Allah merahmati tanah Terengganu serta laut-lautnya. Biarlah apa orang luar Terengganu nak kata tentang statistik maksiat yang kononnya Terengganu dan Kelantan lebih tinggi dari negeri lain. Apa yang dipersoalkan ialah apa usaha mereka dalam membantersnya. Bukannya berjaya atau tidak. Wallahualam.


___________________________
Taufiq Tuah
Telegram:  https://t.me/revolusimelayubaru

Comments