OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1. Dalam tulisan kali ini, aku akan cuba untuk tidak mengatakan negara A lebih baik dalam menanganinya berbanding negara B atau sebaliknya, sebab kedua-dua negara aku. Malaysia negara pertama aku dan Mesir negara kedua. Dua-dua negara aku sayang tidak berbelah bahagi.
2. Januari baru-baru ini, gempar habis satu dunia tentang virus bahaya di WUHAN China. Aku tahu melalui akhbar-akhbar Mesir, selain dari itu aku tonton berita Mesir qanatoula, dan Media Saudi AL ARABIYA. Aku faham ianya wabak merbahaya dan kalau sampai ke Mesir ia satu yang perlu dibuat begitu dan begini. Habis depa ulas panjang lebar.
3. Mesir yakin mampu tangani. Tapi yang pelik, tiada langkah yang diumumkan secara jelas termasuk halang pelancong China ke Mesir. Mesir ada 200 ribu pelancong dari China dari jumlah kasar 11 Juta pelancong asing. So Mesir yakin, “jika” tidak merebak ke luar China, industri pelancongan Mesir tidak terkesan.
4. Dalam masa yang sama, aku baca juga berita Malaysia. Akhbar Berita Harian, Sinar dsb. Pelik Bin Hairan, Ajaib dan sangat ajaib, dalam sesibuk-sibuk Mesir dan dunia arab kata virus bahaya, risiko-risiko kalau sampai Mesir dsb, tiba-tiba Malaysia kata “benda kecil”, “mampu tangani” dan segala macam benda yang tak bahaya untuk Malaysia. Katanya pula, Malaysia berpengalaman atasi krisis virus. Tambah bingung bila umum “jangan halang pelancong China ke Malaysia”.
5. Opsss... kesialan apa nie bro !!!!! Satu benua kata bahaya dan sibuk fahamkan rakyat masing-masing. Satu benua lagi macam bagitau rakyat jangan takut benda nie tak bahaya untuk rakyat kita di Malaysia dan boleh selesai punyalah !!!! So bahasa dia macam nak kata, “TIDAK BAHAYA”. Bullshit lah !!! Bingong aku sebagai pembaca !
6. Hujung Januari, dalam fatrah INTERNATIONAL BOOK FEST di Cairo, aku letak jadual untuk ke lokasi dengan kekerapannya. Aku pula memang minat restoran masakan CINA di Abbasiah. Satu kedai tuh kawan aku punya namaya HASSAN, dan satu lagi kedai yang dulu zaman aku di AL AZHAR dulu namanya AMERICANO. Americano nie special sikit sebab ada aweks China Muslim (anak tokey kedai) namanya SOFIAH. Saja gatal mata nak wusya dia sambil melantak mee tarik yang special dengan tau fu fa (Tahu Goreng Tauchu) dan Kambing.
7. Sedikit terkejut, sampai sana, Americano tutup. Pusing kat belakang kedai “Hassan” pun sama.”erh apa jadah nie, takkan balik China kot! “, aku bermonolog sendirian.
8. Keesokan hari, juga tutup. Tapi kedai Hassan buka. Lalu aku tanya kenapa tutup kedai semalam ? Dia kata “arahan baladiah (macam majlis daerah ler)”. Aku tanya lagi, “apsal, ko tak ada lesen?” Tanya aku lagi sebagai busy body. Dia jawab bahawa penutupan itu atas arahan keras pihak majlis daerah untuk perkara-perkara perlu memandangkan restorannya dikunjungi ahli-ahli perniagaan China dan pelancong asing. Lihatlah, sampai arah tutup untuk “mengadap” PBT mereka !!!
9. Book Fest Cairo kali ini beli buku tentang para Khalifah Al Rasyidin. Maka, tiba-tiba bila sampai muka surat 230, maka mula bicara tentang isu wabak taun yang menyebabkan ABU UBAIDAH AL JARRAH dan MUAZ BIN JABAL syahid di Sham (hari ini Jordan). Larangan supaya jangan masuk atau keluar dari tempat yang dilanda wabak.
10. Kebetulan, beberapa hari lagi (9 Februari) aku harus pulang ke Malaysia kerana Closed Deal dengan client. Mahu atau tidak, kena balik, kalau tidak, “dapur tidak berasap”. Kalau ada staf yang boleh buat semua kerja tersebut, pasti dan pastinya, aku batalkan tiket flight. Memandangkan baju baru size S, maka seeloknya terima kenyataan kena balik juga. Saat itu Malaysia telah mempunyai lebih kurang 7 pesakit yang dijangkiti wabak.
11. Naik sahaja Uber, arab akan cakap bahaya KURUNA (lahjah Mesir). Pergi sarapan pun, pekerja kaunter dan pelayan pun berbual benda yang sama. Maknanya rakyat mereka difahamkan bahawa Kuruna (sekarang COVID 19) bahaya.
12. Pagi 9 Februari aku ke airport Cairo, terus ke kaunter business class. Kelihatan ramai yang keluar dari Mesir tapi semua pelancong asing. Biasalah, Mesir negara pelancongan. Ia sesuatu yang tidak asing. Tapi kenapa ramai China kena keluar? Kawan bertugas di airport bagitau, semua syarikat pelancongan China DIARAHKAN supaya tamatkan lawatan dan visa mereka dibatalkan. Tiada penerbangan dari China dibenarkan. Pelancong dari China tidak dibenarkan masuk ke Mesir.
13. Akan tetapi, arahan belum secara rasmi kerana parlimen belum umumkan. Mesir ambil tindakan LEBIH AWAL.
14. Sampai di Malaysia, KLIA kelihatan saring pelancong dari China. Tahniah KLIA, dan aku yang berkimamah tuh rasa lega. Sampai di Airport, terus tukar kimamah kerana yang tadi pakai sejak dari Dubai sampai touchdown. Nampak di KLIA, rakyat Malaysia semacam tak ada apa. Pi lunch kat tingkat dua, pun sama.
15. Aku salah. Sebab ada orang kata, pakai kalau kena jangkitan. Ok, terima kasih tapi aku keras kepala sebab masa di Mesir, akhbar depa cerita, harus penuh berhati-hati termasuk kerap basuh tangan dan pakai kimamah. Biarlah orang kata aku salah, yang penting aku yakin nie langkah pencegahan.
16. Untuk seketika, aku ikuti sepenuhnya berita perubahan kerajaan Malaysia dengan begitu serius sekali dan seronok yang amat bercampur bangga kerana berlaku secara aman.
17. Ada sahaja budak Mesir kacau line, habis depa ketawakan orang Mesir dan seolah-olah macam menganjing di media sosial FB apabila JABER AL QURMOUTHI, pengamal media Mesir dan pengendali rancangan realiti AL KALAM ‘ALA EIH menemuramah VIRUS KURUNA.
18. Habis dijadikan bahan lawak oleh rakyat Malaysia. Puncanya apabila seorang pelajar Malaysia di Mesir share dengan memberikan kata-kata sindiran pedas. Aku rasa kesian dengan budak itu yang tidak cuba faham bagaimana Mesir sering menggunakan saluran media dan rancangan realiti untuk memahamkan rakyat mereka tentang sesuatu isu. Lihat link :
https://youtu.be/h_GUpN1lqIY
19. Berbeza dengan rakan Media arab Saudi, ARABIAH yang memuji IBTIKAR atau INOVASI pengamal media dalam memahami isu atau krisis semasa dunia kepada rakyat. Ini linknya :
https://youtu.be/tX1r1yLebJU
20. Pada 14 Mac yang lalu, apabila angka penghidap wabak virus mencatat angka 100 di Mesir, saat aku sedang dinner di Puchong, tiba-tiba masuk NOTIFICATION bagitau live dalam salah satu media Mesir yang aku follow. Perdana Menteri Mesir umum, penggantungan sekolah-sekolah dan Universiti-universiti seluruh Mesir bermula 15 Mac selama dua minggu. Airport juga diumumkan tutup dari 19 Mac hingga 31 Mac.
21. Keesokannya baca pula salah sebuah page penyokong tentera Mesir, gambar-gambar Unit Kimia Tentera Mesir telah diarahkan oleh pemerintah tertinggi mereka, Presiden Mesir untuk membersihkan sekolah-sekolah dan Universiti-universiti dengan menggunakan Bahan khas. Begitu juga jalan-jalan raya, masjid-masjid dan gereja-gereja. Fahamlah kita kenapa perlu tutup semua institusi pendidikan.
22. Selaku konsultan pendidikan yang mengurus pelajar Malaysia ke Mesir, ibu bapa mula hubungi bertanya itu dan ini. Puas beri penerangan.
23. Tidak lama selepas itu, semua mall-mall dan kedai diminta tutup dari jam 6 malam hingga 7 pagi. Kawan di Mesir hantar gambar CITY STAR lengang.
24. MESIR memperuntukkan LE 100 Bilion (RM 28 bilion) kepada kementerian kesihatan Mesir untuk menangani Wabak COVID 19 ini.
25. Setakat semalam, angka kes COVID 19 di Mesir hanya 327 orang, dari angka itu, 74 bertukar status dari Positif kepada negatif dan 56 discharge. Manakala mangsa yang syahid telah mencapai 14 orang.
26. Setakat ini, Mesir kehilangan dua pegawai tertinggi tentera kerana dijangkiti virus COVID 19 semasa melakukan pembersihan baru-baru ini.
27. Mesir menggerakkan Polis dan Tentera bersama-sama kementerian kesihatan dalam membendung virus.
28. Walaupun aku di Malaysia saat ini, tapi aku akan lebih pening kalau baca akhbar Malaysia sahaja kerana semua cerita yang menakutkan. Tapi melalui akhbar arab lah, agak tenang bila mereka cerita bagaimana perkembangan proses penemuan vaksin dan harapan-harapan wabak ini akan selesai.
29. Dah tengok Adil Imam buat video bagi nasihat kat rakyat Mesir cara tangani virus?
___________________________
Mohd Faizal Sabhon
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Comments
Post a Comment